A Comparative Study Of The Printed And Hypertext Novel 10:01 By Lance Olsen

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-01
Authors
Modir, Ladan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dalam era pascamoden, kesan daripada pengaruh timbalbalik antara novel bercetak dan media digital, telah menghasilkan antara naratif dengan persekitaran interaktif sehingga dapat melahirkan genre-genre baru seperti cereka hiperteks. Pengarang seperti Lance Olsen telah mengadaptasikan novel bercerita pascamodennya yang bertajuk 10:01 kepada cereka hiperteks yang bersifat digital dengan tajuk yang sama. Adaptasi ini telah menimbulkan beberapa persoalan; begaimana struktur naratif cereka hiperteks ini berbanding dengan yang novel bercetak yang dihasilkannya? Seterusnya, apakah pengalaman estetik yang dialami oleh pembaca yang membaca kedua-dua bentuk cereka itu? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, kajian telah mengenalpasti dua objektif. Pertama; menganalisis persamaan dan perbezaan struktur naratif antara novel pascamoden yang bercetak dengan cereka hiperteks yang berbentuk digital. Kedua meneliti pengalaman estetik pembaca yang membaca kedua-dua bentuk cereka berkenaan. Kajian ini, adalah satu kajian perbandingan yang berasaskan kepada teori genre yang mengkaji perkembangan genre novel bercetak kepada novel hiperteks yang menggunakan medium digital. Kemudian teori hiperteks yang merupakan ekstensi kepada pascastrukturalisme digunakan untuk membandingkan struktur naratif kedua-dua bentuk cereka ini
Description
Keywords
A Comparative Study Of The Printed And Hypertext Novel , By Lance Olsen
Citation