Elemen-Elemen Rekabentuk Dalam Pembungkusan Kotak Rokok Generik
Loading...
Date
2015-02
Authors
AB AZIZ, NUR ASFARINA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis elemen grafik yang ada pada
rekabentuk plain packaging, juga dikenali sebagai kotak rokok generik. Pengenalan
terhadap penyeragaman kotak rokok generik ini adalah bagi memastikan aktiviti
promosi jenama rokok melalui medium pembungkusan dihadkan supaya dapat
mengurangkan daya tarikan pada pembungkusan kotak rokok. Metodologi kajian ini
menggunakan kaedah analisis kandungan melalui pembinaan sistem koding yang
dijadikan sebagai rujukan semasa menjalankan analisis komprehensif mengenai
rekabentuk pembungkusan kotak rokok generik. Analisis kajian juga meneliti
pengaruh jenama terhadap pembungkusan kotak rokok kerana jenama merupakan
elemen yang digunakan oleh pengeluar rokok untuk mempromosikan produk bagi
mempengaruhi orang ramai untuk merokok. Komponen elemen pembungkusan yang
digunakan pada sistem koding diambil daripada kerangka teori kajian yang
diilhamkan oleh Butkeviciene, Stravinskiene & Rutelione (2008). Mereka
mengklasifikasikan elemen pembungkusan kepada dua kategori iaitu elemen tidak
verbal dan elemen verbal dan setiap elemen terbahagi kepada beberapa komponen
grafik yang berperanan untuk menarik perhatian pengguna. Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan penyeragaman elemen grafik pada rekabentuk
pembungkusan kotak rokok generik melalui penggunaan warna, bentuk, saiz, imej,
grafik, bahan dan penyingkiran elemen jenama jelas memberi kesan terhadap identiti
ix
jenama produk rokok, akan tetapi pada masa yang sama memberi ruang yang besar
kepada penyampaian mesej amaran kesihatan yang menyeluruh melalui rekabentuk
pembungkusan.
Description
Keywords
Elemen-Elemen Rekabentuk , Dalam Pembungkusan Kotak Rokok Generik