Elemen-Elemen Rekabentuk Dalam Pembungkusan Kotak Rokok Generik

dc.contributor.authorAB AZIZ, NUR ASFARINA
dc.date.accessioned2016-04-14T06:53:18Z
dc.date.available2016-04-14T06:53:18Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis elemen grafik yang ada pada rekabentuk plain packaging, juga dikenali sebagai kotak rokok generik. Pengenalan terhadap penyeragaman kotak rokok generik ini adalah bagi memastikan aktiviti promosi jenama rokok melalui medium pembungkusan dihadkan supaya dapat mengurangkan daya tarikan pada pembungkusan kotak rokok. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan melalui pembinaan sistem koding yang dijadikan sebagai rujukan semasa menjalankan analisis komprehensif mengenai rekabentuk pembungkusan kotak rokok generik. Analisis kajian juga meneliti pengaruh jenama terhadap pembungkusan kotak rokok kerana jenama merupakan elemen yang digunakan oleh pengeluar rokok untuk mempromosikan produk bagi mempengaruhi orang ramai untuk merokok. Komponen elemen pembungkusan yang digunakan pada sistem koding diambil daripada kerangka teori kajian yang diilhamkan oleh Butkeviciene, Stravinskiene & Rutelione (2008). Mereka mengklasifikasikan elemen pembungkusan kepada dua kategori iaitu elemen tidak verbal dan elemen verbal dan setiap elemen terbahagi kepada beberapa komponen grafik yang berperanan untuk menarik perhatian pengguna. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan penyeragaman elemen grafik pada rekabentuk pembungkusan kotak rokok generik melalui penggunaan warna, bentuk, saiz, imej, grafik, bahan dan penyingkiran elemen jenama jelas memberi kesan terhadap identiti ix jenama produk rokok, akan tetapi pada masa yang sama memberi ruang yang besar kepada penyampaian mesej amaran kesihatan yang menyeluruh melalui rekabentuk pembungkusan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1891
dc.subjectElemen-Elemen Rekabentuken_US
dc.subjectDalam Pembungkusan Kotak Rokok Generiken_US
dc.titleElemen-Elemen Rekabentuk Dalam Pembungkusan Kotak Rokok Generiken_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NUR ASFARINA.pdf
Size:
12.26 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: