Analisis Diskursif Berita Terpilih Dalam Akhbar Malaysiakini

Loading...
Thumbnail Image
Date
2021-01
Authors
Sazan, Darwalis
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kandungan nilai berita dan perkaitan sumber visual dan verbal dalam akhbar Malaysiakini berdasarkan pendekatan secara linguistik melalui penganalisisan diskursif berita. Objektif pertama kajian adalah untuk menganalisis kandungan nilai berita dalam akhbar Malaysiakini, objektif kedua, membincangkan perkaitan visual dan verbal berita dalam akhbar Malaysiakini dan objektif ketiga, menghuraikan hubung kait antara verbal dan visual dimensi nilai berita dari aspek sosial dalam akhbar Malaysiakini. Sebanyak 30 buah data verbal dan 30 buah data visual digunakan dalam kajian ini. Sumber data diperoleh daripada laman sesawang secara dalam talian pada pautan https://www.malaysiakini.com/. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dihuraikan secara deskriptif. Kajian ini mengaplikasikan kerangka Analisis Nilai Berita Diskursif oleh Bednarek & Caple (2017) yang melibatkan sepuluh nilai berita, iaitu stereotaip, keelitan, impak, positif, negatif, personalisasi, proksimiti, kesangatan, kekinian dan keganjilan dengan menghubungkaitkan kuasa, ideologi dan sosial. Analisis Visual oleh Kress & van Leeuwen (2006: 2008) dan Bednarek & Caple (2017) yang melibatkan empat aspek visual, iaitu latar belakang, pemeran, ciri milik dan aktiviti juga dihubungkaitkan dengan kuasa, ideologi dan sosial. Dapatan kajian bagi sumber verbal menunjukkan bahawa kuasa, ideologi dan sosial berperanan mempengaruhi pembentukan wacana akhbar Malaysiakini berdasarkan penerapan ciri linguistik dalam sepuluh nilai berita. Dapatan perkaitan sumber visual dan verbal pula menunjukkan hanya empat sumber visual membentuk perkaitan signifikan daripada 30 sumber visual dalam akhbar Malaysiakini. Hal ini disebabkan penulis mempunyai kawalan terhadap kuasa, ideologi dan sosial dalam sumber visual yang mempengaruhi perkaitan ini. Dapatan kajian daripada kedua-dua analisis ini menunjukkan kuasa, ideologi dan sosial penulis mempengaruhi pembentukan wacana akhbar Malaysiakini. Hal ini membuktikan bahawa penerapan analisis diskursif berita secara linguistik mampu mencungkil kuasa, ideologi dan sosial penulis yang terselindung dalam akhbar.
Description
Keywords
linguistic
Citation