Sorption studies on silica xerogel
Loading...
Date
1977-02
Authors
Nah, Soo Hoe
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyerapan nitrogen pada suhu 77.4°K telall digunakan untuk
mengkaji perubahan jalinan yang berlaku apabila xerogel silika
perdagangan dikenakan proses penuaan melalui pencucian dan pemanasan
yang berpanjangan senasa penceriaan silika dan dengan mendedahkannya
ke atmosfera. Rupabentuk isotem-isotem yang didapati dari semua
sampel xerogel yang dikaji itu menyerupai isotem-isotem yang digolongkan
oleh Brunauer sebagai Jenis IV. Analisis taburan liang dan juga
analisis yang menggunakan kaedah-t telah dilakukan pada semua isotem.
Empat keluk-t standard telah digunakan dalam pembinaan plot-t dan
didapati bahawa beberapa keluk-t standard itu lebih sesuai daripada
yang lain. Dari analisis taburan liang didapati bahawa luar permukaan
kumulatif tidak cocok dengan luas permukaan BET nitrogen dan isipadu
liang itu tidak cocok dengan isipadu liang Gurvitach bagi dua sampel
itu sahaja. Tetapi sampel-sampel lain menunjukkan persesuaian yang
lebih baik. Dengan bantuan keluk pengiaman berserta keputusan
analisis taburan liang dan plot-t, rupabentuk gel yang paling mungkin
selcali dapat dijelaskan. Kecekapan proses penceriaan di mana xerogel perdagangan
dipanaskan dengan asid dan kemudian dicuci dengan air suling untuk
mengasingkan bendasing-bendasing ion dari gel juga telah dikaji.
Ternampalc keputusannya menunjukkan bahawa memang agak senang, untuk
mengas;i.ngkan bendasing-bendasing ion yang ada di permukaan gel i tu
tetapi sangat susah untuk mengasingkan bendasing yang mungkin ada
di dalam gel tersebut. Pengkajian-pengkajian menunjukkan bahawa semasa gel taktulin
mengalami proses penuaan samada· dengan mendedahkannya ke atmosfera
atau secara mencuci~ya dengan air suling pada suhu 30°C, taburan saiz
menjadi lebih lebar dan jejari liang purata pun bertambah. Namun
demikian, perubahan dalam jalinan xerogel apabila xerogel i tu
dibiarkan mengalami proses penuaan atmosfera dan pencucian i tu
nampalcnya tidak sama. Xerogel yang diceriakan melalui pencucian dengan
air suling, nampaknya, mengalami. penuaan atmosfera yang kurang dari
xerogel taktulin.
Description
Keywords
Silica xerogel