Kajian Analisa Komputer 3d Dan Eksperimen Bagi Aliran Di Sekeliling Penderia Aliran Mikro
Loading...
Date
2011-07
Authors
Mat, Mohd Anuar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Analisis aliran bendalir dikelilingi penderia mikro telah dipamerkan dalam
penyelidikan ini. Dalam analisis ini, penderia mikro dipasang di dalam saluran
berbentuk segiempat tepat bagi keadaan tanpa tiang dan satu tiang. Dua langkah
penting telah diambil iaitu menentukan kesan arah aliran dan konfigurasi
pemasangan penderia mikro ke atas prestasi penderia aliran mikro.
Kaedah Pembezaan Terhingga telah digunakan dalam kajian ini bagi
menyelesaikan persamaan keselanjaran dan persamaan ‘Navier-Stokes’.
Keputusan pengiraan boleh digunakan dalam proses visual untuk memerhatikan
kontur aliran bendalir yang dikelilingi penderia mikro. Kaedah MAC juga telah
diaplikasikan dalam analisis bagi mengira nilai tekanan dalam persamaan
‘Navier-Stokes’.
Description
Keywords
Komputer 3d , Penderia Aliran Mikro