Jadual hayat nyamuk Aedes albopictus (Skuse) di lapangan Univeriti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2006-06
Authors
Hashim, Nur Aida
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian kelimpahan bermusim bagi telur nyamuk Ae. albopictus (Skuse) telah dilakukan mengunakan perangkap telur selama 14 bulan di Lurah Burung (Durian Valley) dan Desasiswa Harapan, kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kelimpahan telur di kedua-dua kawasan kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (H= 0.4S2, df= 1, p>O.OS) tetapi didapati berbeza dari bulan ke bulan (H= S7.680, df= 13, p< O.OS). Terdapat dua puncak kelimpahan telur berlaku semasa musim lembap. Puncak pertama ialah pada bulan Mac dan keduanya pada bermuJa pada bulan Ogos hingga ke bulan September. Kelimpahan telur di kedua-dua tempat berhubung-kait dengan hujan (Lurah Burung, r= 0.732, p< O.OS) (Harapan, r= 0.771, p< O.OS) dan kelembapan (Lurah Burung, r= 0.63S, p< O.OS) (Harapan, r= 0.621, p< O.OS) tetapi tidak dengan suhu (Lurah Burung, r= -0.17S, p> O.OS) (Harapan, r= -0.192, p> O.OS). Jadual hayat telah dibina untuk 12 kohot peringkat tidak matang Ae. albopictus di kawasan belukar Lurah Burung, USM. Jumlah waktu perkembangan bagi peringkat tidak matang Ae. albopictus mengambil masa di antara 6 hingga 10 hari bergantung kepada suhu persekitaran (r=-0.639, p<O.OS). Jumlah mortaJiti bagi setiap kohot berkorelasi dengan jumJah waktu perkembangan (r= 0.713, p<O.OS) tetapi tidak dengan suhu (r=-0.477, p>O.OS). Hujan berkorelasi dengan jumlah waktu perkembangan (r= O.S54, p<O.OS) tetapi tidak dengan peratus mortaliti (r=0.322, p>O.OS). Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah mortaliti yang berlaku ke atas kesemua 12 kohot (H=119.783, df=11, p<0.05). Terdapat juga perbezaan yang signifikan pad a jumlah mortaliti yang berlaku pada peringkat yang berbeza (H=274.00, df=4, p<0.05). Kajian makmal menggunakan 3 kohot Ae. albopictus dewasa telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang mortaliti spesifik umur dan fekunditi dan juga untuk mendapatkan anggaran statistik terhadap beberapa parameter populasi. Jangkaan hid up (life expectancy) telah di kira untuk keduadua jantan dan betina nyamuk Ae. albopictus. Perameter-parameter populasi berikut telah dianggarkan: kadar pertambahan populasi serta merta (rm= 0.21), kadar penggantian bersih (Ro= 68.70), umur pada purata reproduksi kohot (T 0=10.55 hari), kadar kelahiran (B=0.23), kadar kematian (0=0.02) dan purata masa generasi (G=20.14 hari). Nisbah rdB (0.91) dan BID (11.50) yang tinggi membuktikan Ae. albopictus mempunyai kebolehan tinggi untuk mengkolonikan sesuatu tempat dalam keadaan semulajadi. Nasib bagi 774 biji telur yang mewakili 10 ekor nyamuk Ae. albopictus telah dikaji untuk menentukan ciri-ciri jadual hayat di dalam keadaan makmal yang tidak dikawal. Jumlah mortaliti perkembangan sebenar adalah tinggi (34.1%) dengan kematian semasa peringkat larva kira-kira 17.5% daripada keseluruhan mortaliti perkembangan. Nisbah jantina jantan kepadabetina semasa kemunculan dewasa ialah 1.04:1.00 (1:1). Purata fekunditi bagi seekor nyamuk betina Ae. albopictus yang di kaji di dalam keadaan makmal yang tidak dikawal ialah 77.4.
Description
Keywords
Kelimpahan bermusim bagi telur nyamuk Ae. albopictus (Skuse) , telah dilakukan mengunakan perangkap telur selama 14 bulan
Citation