Suatu Penilaian Aspek-Aspek Reka Bentuk Rumah Teres Kos Rendah Perumahan Kerajaan Negeri Kelantan Dari Perspektif Islam

dc.contributor.authorNik Mahmood, Nik Ab. Aziz
dc.date.accessioned2022-04-06T06:29:31Z
dc.date.available2022-04-06T06:29:31Z
dc.date.issued2009-04
dc.description.abstractRumah memainkan peranan penting dalam kehidupan keluarga Muslim. Reka bentuknya hendaklah dapat membantu penghuninya melaksanakan pengamalan Islam seterusnya menjurus kepada hala tuju matlamat kehidupan manusia iaitu memperolehi kejayaan (Al-falah) di dunia dan akhirat. Idea kajian ini bermula dengan isu rumah tiga bilik tidur (dengan bilik mandi dan tandas berasingan) sewajamya menjadi sebagai suatu penyelesaian kepada keluarga Muslim bagi menggantikan pembinaan rumah dua bilik tidur sedia ada. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan menilai pembangunan terkini rumah teres kos rendah (RAKR) Kerajaan Negeri Kelantan berasaskan pematuhan reka bentuknya menurut syariah Islam. Teknik soal selidik dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Berasaskan kajian literatur, dua kaedah penilaian dapat didefinisikan untuk kajian ini iaitu: (1) Ruang dalaman melibatkan bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik mandi dan tandas; (2) Faktor reka bentuk melibatkan ketauhidan, keperluan dan kemampuan, sosial dan budaya, mesra alam dan kesihatan. Lima buah kawasan perumahan RAKR yang terlibat dalam bancian kajian ini iaitu RAKR Semut Api II, RAKR Bunut Susu, RAKR Gunung, RAKR Dangar II dan RAKR Gua Musang 11. Data yang telah dikumpulkan kemudiaannya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif statistik. Nilai frekuensi, peratus, peratus valid dan peratus kumulatif digunakan dalam pembentukan graf penilaian. Lima aras pematuhan yang digunakan ialah sangat tidak baik, tidak baik, tiada komen, baik dan sangat baik. Penemuan kajian mendapati bahawa pematuhan ke atas reka bentuk rumah Islamik hanya pada tahap ‘Baik’. Ia menunjukkan bahawa reka bentuk rumah RAKR telah menjurus kepada reka bentuk Islamik tetapi masih belum mencapai tahap sangat baik. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dan cadangan garis panduan reka bentuk serta konsep prototaip dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan ke atas reka bentuk rumah teres pada masa hadapan. Cadangan kajian lanjut juga dikemukakan bagi mengembangkan lagi ilmu dalam bidang kajian ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15053
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectReka Bentuk Rumah Teresen_US
dc.subjectPerspektif Islamen_US
dc.titleSuatu Penilaian Aspek-Aspek Reka Bentuk Rumah Teres Kos Rendah Perumahan Kerajaan Negeri Kelantan Dari Perspektif Islamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: