Kesan Multimedia Pemujukan Kesedaran Obesiti Ke Atas Pengetahuan, Kesedaran Dan Motivasi Murid Yang Berbeza Jenis Motivasi

dc.contributor.authorHashim, Munira
dc.date.accessioned2019-04-17T01:44:17Z
dc.date.available2019-04-17T01:44:17Z
dc.date.issued2018-04
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangun dan mengkaji kesan koswer multimedia pemujukan ke atas pengetahuan dan persepsi kesedaran terhadap obesiti dan juga persepsi motivasi terhadap bahan pengajaran dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan faktorial 2 X 2. Variabel tidak bersandar bagi kajian ini adalah dua mod persembahan koswer iaitu Koswer Multimedia Pemujukan Kesedaran Obesiti (Maklum Balas Penjelasan)(PerMOss 1) dan Koswer Multimedia Pemujukan Kesedaran Obesiti (Maklum Balas Pembetulan) (PerMOss 2). Variabel bersandar bagi kajian ini adalah pengetahuan, persepsi kesedaran dan persepsi motivasi. Variabel moderator bagi kajian ini pula adalah jenis motivasi iaitu terdiri daripada motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Responden kajian terdiri daripada 157 orang murid Tahun Lima dari empat buat sekolah rendah dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan pertama didedahkan dengan Koswer PerMOss 1 manakala kumpulan rawatan kedua pula didedahkan dengan Koswer PerMOss 2. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferential iaitu ujian ANOVA. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada skor pengetahuan, skor persepsi kesedaran dan persepsi motivasi dalam kalangan murid yang didedahkan kepada Koswer PerMOss 1 berbanding dengan skor yang diperoleh oleh murid yang didedahkan kepada Koswer PerMoss 2. Dapatan juga menunjukkan bahawa adaptasi prinsip maklum balas penjelasan dalam persekitaran pembelajaran multimedia memberi impak yang positif dalam meningkatkan pengetahuan, persepsi kesedaran dan persepsi motivasi terhadap obesiti dalam kalangan murid.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8024
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan multimedia pemujukan kesedaran obesitien_US
dc.subjectmotivasi murid yang berbeza jenis motivasien_US
dc.titleKesan Multimedia Pemujukan Kesedaran Obesiti Ke Atas Pengetahuan, Kesedaran Dan Motivasi Murid Yang Berbeza Jenis Motivasien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: