Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (Gis) Di Dalam Proses Membuat Keputusan Pemilihan Tapak: Kajian Kes Stesen Minyak Petronas
Loading...
Date
2001-12
Authors
Nayan, Nasir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Abad ke-21 menyaksikan pertambahan penduduk yang memerlukan barangan keperluan.
Fenomena ini menyebabkan wujudnya permintaan yang tinggi bagi barangan keperluan. Ini
menyebabkan pertumbuhan banyak syarikat dalam dan luar negeri yang menawarkan
barangan yang sama. Persaingan adalah suatu fenomena biasa di dalam pemiagaan. Walau
bagaimana pun peniaga tempatan perlu bersaing samada antara mereka sendiri dan juga
peniaga daripada luar negeri yang mempunyai daya saing lebih baik dari segi pengurusan dan
pemasaran barangan. Untuk terns bersaing mereka perlu mempunyai mekanisme tempatan
yang boleh menarik pelanggan kepada mereka. Pembuat keputusan di dalam syarikat
memainkan peranan penting untuk membuat keputusan penting seperti pencarian dan
penubuhan cawangan barn di dalam sistem rangkaian syarikat sedia ada.
Kajian ini berjaya membangunkan satu sistem sokongan bagi membuat pemilihan tapak
stesen minyak yang dikenali sebagai Sistem Pencarian Tapak (SISPET) dengan mengambil
syarikat Petronas sebagai kes kajian. Sistem ini berupaya untuk menjalankan' tiga fungsi
utama iaitu penyelidikan secara kawasan, pencarian tapak dan penilaian tapak. Daerah
Seberang Perai Selatan te1ah digunakan bagi menguji sistem yang telah dibangunkan. Kriteria
yang telah digunakan dalam kajian ini merangkumi ke1uasan tapak, panjang bukaan depan
tapak, jumlah trafik, pesaingan, jumlah isirumah dan jumlah pesaingan di dalam lingkungan
tiga kilomter. Dalam kajian ini, empat tapak telah dikenal pasti dan masing-masing
mempunyai ranking tersendiri. Kajian menunjukkan supaya dua daripada tapak di pilih
berdasarkan penilaian semula dari segi keberkesanan untuk mendapatkan nilai optimum
syarikat.
Description
Keywords
Abad ke-21 menyaksikan pertambahan penduduk , yang memerlukan barangan keperluan