Kecekapan Pengurusan Kelas Pendidikan Jasmani Dalam Kalangan Guru Praperkhidmatan
Loading...
Date
2015-10
Authors
Yaacob, Ismail
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk memeriksa faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan pengurusan kelas Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru-guru praperkhidmatan. Fokus kajian secara khusus bertujuan: a) melihat hubungan pengaruh dengan ciri kecekapan guru praperkhidmatan, dan b) meninjau pengaruh yang dominan mempengaruhi kecekapan pengurusan kelas guru praperkhidmatan, Kajian ini juga bertujuan meninjau pandangan guru praperkhidmatan berkenaan harapan mereka menjadikan pengurusan kelas Pendidikan Jasmani lebih berjaya. Pensampelan bertujuan telah digunakan untuk merekrut 556 responden yang menjalani sesi praktikum di sekolah rendah. Data diperoleh dengan menggunakan dua kaedah iaitu melalui soal selidik dan temu bual. Analisis data kuantitatif melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, ANOVA, korelasi, manakala data daripada temu bual dianalisis secara manual. Kajian mendapati bahawa enam faktor telah memberi pengaruh terhadap kecekapan guru praperkhidmatan iaitu Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing, Kemahiran Guru Praperkhidmatan, Karenah Murid, Komitmen Guru Praperkhidmatan, dan Pengajaran Mikro. Manakala faktor dominan daripada sembilan faktor yang mempengaruhi kecekapan pengurusan bilik darjah adalah Kemahiran Guru Praperkhidmatan. Hasil kajian juga mendapati tiada perbezaan antara jantina, lokasi sekolah praktikum, opsyen dan pengalaman guru praperkhidmatan dalam sukan dan permainan. Tambahan pula, keputusan menunjukkan enam langkah yang dicadangkan oleh guru praperkhidmatan untuk membuat pengurusan kelas Pendidikan Jasmani lebih berjaya adalah melibatkan kualiti dan peranan pensyarah penyelia, guru praperkhidmatan, institusi latihan guru, sekolah, guru pembimbing, dan pengajaran mikro.
Description
Keywords
Guru-guru praperkhidmatan