Pembentukan Indeks Dan Penentu Penentu Daya Saing Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2020-11
Authors
Lim Chee Ann
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pada zaman globalisasi ini, daya saing bandar telah menjadi isu penting pada peringkat nasional dan global. Sesebuah bandar yang berdaya saing mempunyai ciri- ciri yang kompleks dan pelbagai dimensi. Konsep daya saing bandar merujuk kepada keupayaan sesebuah kawasan bandar untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang sesuai. Oleh sebab masalah ketersediaan data, kajian ini meneliti konsep daya saing bandar dari perspektif negeri dalam konteks Malaysia dengan menggunakan Indeks Daya Saing Negeri (IDSN) yang komprehensif untuk mengukur tahap daya saing bagi negeri-negeri di Malaysia. Sebanyak 24 petunjuk terbahagi kepada enam komponen seperti Prestasi Ekonomi (PE), Struktur Ekonomi (SE), Pemasaran dan Keterbukaan (PK), Kualiti Hidup (KH), Keselamatan Awam (KA) dan Kualiti Alam Sekitar (KAS) digunakan untuk menghitung IDSN di Malaysia dengan menggunakan kaedah pemberat sebanding.
Description
Keywords
Pembentukan Indeks Dan Penentu , Daya Saing Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia
Citation