Pembangunan Dan Penilaian E-Modul Undang-Undang Kontrak Berasaskan Gaya Pembelajaran Vark: Suatu Kajian Kes

dc.contributor.authorRohani Mm Yusoff
dc.date.accessioned2021-02-22T03:29:16Z
dc.date.available2021-02-22T03:29:16Z
dc.date.issued2018-09
dc.description.abstractStrategi pengintegrasian bahan pembelajaran dan teknologi Internet semakin digunakan secara meluas dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Malah kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Pelan Pelaksanaan Infrastruktur dan Infostruktur bagi meningkatkan kemudahan Internet di universiti awam. Namun keberkesanan penggunaan pembelajaran elektronik sebagai platform untuk penyampaian isi kandungan pelajaran dan untuk berinteraksi dengan pelajar merupakan suatu cabaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada e-Modul yang dibangunkan berasaskan gaya pembelajaran dan keperluan pelajar adalah berkesan untuk mempertingkat pencapaian pelajar. Kajian ini memilih topik Undang-undang Kontrak untuk dibangunkan memandangkan topik ini melibatkan isi kandungan yang sukar difahani seperti kes undang-undang perniagaan yang rumit. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan responden pelajar dari dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Terdapat dua fasa utama dalam kajian ini iaitu fasa pembangunan e-Modul yang berpandukan model ADDIE dan fasa penilaian keberkesanan e-Modul. Dalam fasa pembangunan e-Modul, penentuan gaya pembelajaran pelajar berasaskan model VARK mendapati tiada gaya pembelajaran yang dominan dan pelajar adalah multimodal dalam pembelajaran mereka. Hasil dapatan analisis keperluan menunjukkan bahan pembelajaran yang diperlukan ialah definisi istilah, fakta kes dan seksyen yang terlibat, nota ringkas, peta minda, sumber rujukan serta soalan kajian kes manakala cara persembahan berlandaskan videografik serta permainan dianggap wajar digunakan dalam e-Modul tersebut. Persembahan bahan pembelajaran, aktiviti, latihan serta soalan penilaian dibina dengan kemudahan percuma blogspot.com. Selaras dengan model ADDIE, pembangunan e-Modul mengambil kira maklum balas pelajar dan pengajar dan setelah kelemahan yang terdapat dalam e-Modul dibaiki suatu penilaian keberkesanan pembangunan e-Modul dijalankan sebelum e-Modul tersebut diimplementasi. Fasa kedua kajian ini terdiri daripada analisis persepsi pelajar terhadap keberkesanan e-Modul dan penilaian keberkesanan e-Modul terhadap pencapaian pelajar yang telah menggunakan e-Modul. Kajian persepsi menunjukkan bahawa pelajar mendapati e-Modul mempunyai reka bentuk pengajaran yang berkesan dan yang berlandaskan teori pembelajaran manakala Ujian-t yang dilaksanakan untuk penilaian keberkesanan e-Modul dalam mempertingkat pencapaian pelajar menunjukkan perubahan yang signifikan pada paras p<0.05. Oleh itu hipotesis null yang menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi pelajar yang menggunakan e-Modul ditolak. Kedua-dua penilaian tersebut menunjukkan e-Modul Undang-undang Kontrak yang berasaskan gaya pembelajaran dan yang mengambil kira analisis keperluan serta maklum balas semasa pembangunan adalah berkesan untuk mempertingkat pencapaian pelajar universiti awam dalam Undang-undang Kontrak.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/11424
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEducationen_US
dc.subjectEffects of technological innovations onen_US
dc.titlePembangunan Dan Penilaian E-Modul Undang-Undang Kontrak Berasaskan Gaya Pembelajaran Vark: Suatu Kajian Kesen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: