Kesan kekasaran permukaan ke atas lapisan sempadan pada plat rata
Loading...
Date
2009-06
Authors
Rahim Muhamad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian terhadap fenomena lapisan sempadan telah dikaji seeara meluas
terutamanya dalam bidang aerodinamik, rekabentuk automotif dan pemindahan haba
peranti aliran mikro. Kajian ini dijalankan untuk mengurangkan daya seretan dan
mengoptimumkan pengunaan tenaga, sekaligus mengurangkan penggunaan
bahanapi. Dalam kajian ini, kesan tiga kekasaran permukaan dalam lingkungan 0.28
hingga 4.82 J.llll dan empat nombor Reynolds dalam lingkungan 10800 hingga 28800
terhadap ketebalan lapisan sempadan telah dijalankan. Selain itu, kesan x iaitu
panjang spesimen pada satah melintang juga dikaji. Eksperimen ini dijalankan dalam
terowong air litar tertutup manakala keputusan diperolehi itu ditaksir dengan
menggunakan sistem PIV. Berpandukan keputusan yang diperolehi, permukaan
kasar menghasilkan tebal lapisan sempadan yang tertinggi diikuti oleh sederhana
kasar dan Hein. Nilai x juga kelihatan berkadaran dengan tebal lapisan sempadan.
Begitu juga, keputusan menunjukkan bahawa nombor Reynolds berkadar terns
dengan ketebalan lapisan sempadan. Permukaan kasar pada x = 80 mm dan nombor
Reynolds 28800 menghasilkan ketebalan lapisan sempadan yang paling tebal iaitu
44.7 mm, manakala permukaan Hein pada x = 20 mm dan nombor Reynolds 10800
menghasilkan ketebalan lapisan sempadan paling nipis iaitu 28 mm.
Description
Keywords
Kajian terhadap fenomena lapisan sempadan telah dikaji seeara meluas , terutamanya dalam bidang aerodinamik