Tahap Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarela Dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Diri Golongan Awal Dewasa Di Kedah

dc.contributor.authorAbdul Rahman, Norehan
dc.date.accessioned2019-01-28T08:27:35Z
dc.date.available2019-01-28T08:27:35Z
dc.date.issued2018-02
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan faktor penglibatan golongan awal dewasa di Kedah dalam aktiviti sukarela, selain mengkaji tahap kesejahteraan diri mereka. Kajian ini juga mengkaji sejauh mana aktiviti sukarela menyumbang kepada tahap kesejahteraan hidup dari sudut Model PERMA. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan telah yang dijalankan ke atas 127 orang sukarelawan golongan awal dewasa dari pertubuhan-pertubuhan sukarela kebajikan di negeri Kedah. Teori Kesejahteraan Diri oleh Seligman (2011) dan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura (1986) telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penglibatan golongan awal dewasa dalam aktiviti sukarela di Kedah mencatatkan purata min sebanyak 3.94 (sederhana tinggi). Kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan dari segi tahap penglibatan berdasarkan faktor demografi jantina, status perkahwinan, kawasan tempat tinggal, bangsa, kategori umur, pekerjaan dan pendapatan bulanan. Kajian ini juga turut mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dengan faktor peribadi (kepercayaan agama, sifat altruisme dan perasaan belas kasihan), faktor pengaruh sosial (pengaruh ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa) serta faktor karakteristik pertubuhan sukarela (pihak kepimpinan dan pengurusan sukarelawan, insentif dan reputasi). Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dengan tahap kesejahteraan diri (kegembiraan dan kepuasan hidup). Selain itu, kajian ini juga mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan tahap penglibatan golongan awal dewasa dengan kesan penglibatan dalam aktiviti sukarela mengikut Model PERMA (emosi positif, penglibatan, perhubungan, kebermaknaan dan pencapaian).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7682
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenglibatan golongan awal dewasa di Kedahen_US
dc.subjectaktiviti sukarela mengkaji tahap kesejahteraan dirien_US
dc.titleTahap Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarela Dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Diri Golongan Awal Dewasa Di Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: