Innovative Roofing System For Solar Heat Reduction Under Malaysian Sky Conditions

dc.contributor.authorRASHID AL OBAIDI, KARAM MUSTAFA
dc.date.accessioned2016-05-25T07:24:21Z
dc.date.available2016-05-25T07:24:21Z
dc.date.issued2015-01
dc.description.abstractSistem lurang cahaya-langit di tropika Malaysia menyebabkan ketidakselesaan haba justeru meningkatkan penggunaan sistem penyaman udara bagi tujuan penyejukan, khususnya di bangunan setingkat. Literatur menunjukkan rekabentuk pasif ialah salah satu strategi yang paling efektif dari segi kos bagi sistem bumbung di rantau yang tinggi radiasi solar dan beriklim panas-lembab. Tujuan utama kajian ini ialah merekabentuk satu sistem yang dapat mengurangkan kesan haba solar daripada cahaya langit di bangunan satu tingkat (3m tinggi). Tesis ini membentangkan keputusan daripada kajian simulasi dan empirikal berkenaan penambambaikan persekitaran dalaman yang dicapai melalui pengaplikasian beberapa modifikasi terpilih sistem bumbung bersepadu yang dintegrasi dengan lurang cahaya-langit. Simulasi dan suatu siri kajian pengukuran tapak berskala penuh yang dilakukan dalam cuaca sebenar menunjukkan bahawa penambahbaikan ketara pada persekitaran dalaman telah dicapai dengan menggunakan penapis terma, teknik pewarnaan dan pengudaraan di loteng. Simulasi menggunakan perisian Penyelesaian Alam Sekitar Bersepadu daripada ‗Virtual Environment‘ telah dilaksanakan di ‗sel ujian‘ yang dibina di Universiti Sains Malaysia bagi mengkaji kesan daripada beberapa pengubahsuaian terhadap konfigurasi bumbung. Kajian empirikal kemudiannya dilakukan bagi mengenalpasti hasil daripada tiga strategi bumbung yang berbeza, iaitu, (1) bumbung tanpa loteng, (2) bumbung berserta loteng dan (3) sistem bumbung inovatif (IRS), di bawah situasi gelap dan cahaya-siang. Keputusan kajian menunjukkan penggabungan strategi polikarbonat dua-lapis, pantulan dan serakan bumbung serta siling lutsinar yang menggunakan pengudaraan turbin hibrid di zon loteng telah meningkatkan perbezaan suhu udara (Ti–To) di bawah IRS sebanyak 121% di bawah keadaan cahaya-siang pada strategi pertama berbanding sebanyak 23% pada strategi kedua. Perbezaan maksima pada situasi dalaman antara cahaya-siang dengan keadaan gelap mengunakan IRS mencapai 0.31 oC bagi suhu dalaman, 2.22 oC bagi suhu radiasi min (MRT) dan 0.38 oC bagi suhu di dalam loteng. Tambahan pula, IRS mengawal kemasukan cahaya-siang ke dalam sel ujian antara 55% hingga 75% di bawah 700 lux. IRS telah dibuktikan sebagai ubahsuai terbaik dalam mengurangkan kesan haba solar.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2059
dc.subjectInnovative Roofing System For Solar Heat Reduction Under Malaysian Sky Conditionsen_US
dc.subjectUnder Malaysian Sky Conditionsen_US
dc.titleInnovative Roofing System For Solar Heat Reduction Under Malaysian Sky Conditionsen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: