Impact of Viral Hepatitis on Clinical Outcomes and Survival Trends among HIV/AIDS Patients on HAART at Hospital Pulau Pinang

dc.contributor.authorAKHTAR, ALI
dc.date.accessioned2018-06-01T07:06:08Z
dc.date.available2018-06-01T07:06:08Z
dc.date.issued2015-01
dc.description.abstractLiteratur yang sedia ada menunjukkan bahawa Hepatitis dengan atau tanpa Virus Kurang Daya Tahan (HIV) lazimnya berkongsi cara pemindahan dan masalah kesihatan awam yang utama di seluruh dunia. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai prevalens HBV dan HCV di kalangan pesakit HIV positif, peramal yang terlibat dalam hasil klinikal dan trend kemandiran hidup di kalangan pesakit jangkitan bersama. Kajian ini termasuk 808 pesakit HIV positif dari unit penyakit berjangkit terlibat dalam kajian keratan rentas, retrospektif dari 2007-2012 yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Data telah dikumpulkan melalui borang pengumpulan data yang disahkan. Sejumlah 808 pesakit HIV positif telah dipertimbangkan untuk kajian ini dan dari jumlah itu, didapati 627 (77.6%) adalah lelaki dan 181 (22.4%) adalah perempuan. Kaum Cina merupakan kaum majoriti iaitu 500 (61.9%) pesakit berbanding dengan kaum Melayu iaitu 161 (19.9%) pesakit dan kaum India hanya mempunyai 104 (12.9%) pesakit. Secara keseluruhan, kebanyakan pesakit telah berkahwin dan ini merangkumi 380 (47.0%) orang, berumur di bawah 40 tahun iaitu 407 (50.4%) orang, perokok sebanyak 457 (56.6%) orang, bukan alkoholik sebanyak 499 (61.8%) orang dan penagih dadah bukan intravena pulak sebanyak 680 (84.2%) orang merupakan majoriti di kalangan populasi kajian. Cara pemindahan utama yang diperhatikan dalam kajian ini adalah melalui hubungan heteroseksual iaitu 572 (70.8%). Median (julat) kiraan sel CD4, ALT dan ALP populasi kajian ini masing-masing adalah 461 (11 - 956), 26 (6 - 226) dan 93 (44-495). Semua ubat rejimen yang digunakan dalam HAART untuk pesakit HIV adalah dari kumpulan nucleosideen_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5638
dc.subjectHIV/AIDSen_US
dc.subjectHAARTen_US
dc.titleImpact of Viral Hepatitis on Clinical Outcomes and Survival Trends among HIV/AIDS Patients on HAART at Hospital Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: