Ilmu Tasawuf Dalam Sukatan Akhlak Pendidikan Islam. Kajian Di Sekolah Menengah Terpilih Di Taiping, Perak

Loading...
Thumbnail Image
Date
2021-04
Authors
Mohamed, Fatimah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Globalisasi membuatkan masyarakat memiliki sikap hidup materialistik, hedonistik dan totalitaristik dan hanya percaya kepada unsur-unsur pengetahuan empirikal semata-mata. Dengan sikap hidup sebegini ternyata umat Islam telah mencetuskan penyimpangan-penyimpangan dalam hidup. Penyimpangan inilah yang merosakkan akhlak dan akidah seseorang sehingga akan menjauhkan seseorang daripada Allah SWT. Untuk menghadapi era globalisasi yang memunculkan berbagai penyimpangan itu, maka sangat perlu dilakukan implimentasi nilai-nilai tasawuf dalam Pendidikan Islam. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut iaitu : (i) mengkaji kedudukan ilmu menurut Islam dan perkaitannya dengan Pendidikan Islam di Malaysia (ii) mengkaji persepsi guru-guru dan murid-murid terhadap pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSM di sekolah menengah (iii) mengenalpasti elemen-elemen tasawuf untuk dijadikan sub bidang akhlak Pendidikan Islam di sekolah menengah (iv) memberi cadangan supaya ilmu tasawuf dijadikan sub bidang sukatan pelajaran akhlak di dalam kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah di Taiping yang melibatkan sekolah berasrama penuh. Jumlah bilangan responden kajian ini ialah seramai 932 orang yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 6 orang guru Pendidikan Islam. Instrumen utama kajian ini menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik untuk murid mengandungi 10 soalan dan soalan temubual untuk guru adalah bagi mengkaji persepsi mereka terhadap pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam semasa ( sukatan KBSM) di sekolah menengah, menilai penghayatan murid terhadap adab dan akhlak hidup Muslim dalam kehidupan seharian dan pandangan guru-guru terhadap cadangan menjadikan ilmu tasawuf sebagai sub bidang akhlak dalam kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah. Data yang diperolehi daripada soal selidik, dan temubual diproses dan dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS Versi 10.0. Hasil soal selidik ini mendapati tahap pengetahuan murid-murid dalam memahami ilmu akhlak adalah tinggi. Begitu juga dengan sikap terhadap akhlak. Namun agak rendah untuk tahap amalan akhlak di kalangan mereka. Sebagai kesimpulan, nilai-nilai yang terdapat di dalam ilmu tasawuf sangat perlu diimplimentasikan sebagai sub bidang akhlak dalam kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah bagi membentuk generasi yang memiliki ilmu yang tinggi serta akhlak mulia.
Description
Keywords
Islam , Education
Citation