Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (Wkmtk): Kajian Archetypal Reka Bentuk Gambalan
Loading...
Date
2014-01
Authors
Mohd Jufry, Fara Dayana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dimensi yang berbeza wujud antara penonton dan pemuzik serta dalang. Hal ini
berkaitan dengan unsur-unsur spiritual yang timbul antara pemuzik, dalang dan watak
yang dimainkan dalam persembahan. Terdapat perkaitan antara unsur spiritual ini
dengan teori psikoanalisis yang mewujudkan ikatan antara penonton dengan pemuzik
dan dalang. Watak dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan merupakan medium
ikatan dua dimensi ini. Hubungan dinamik dapat dilihat apabila penonton akan lebih
teruja untuk melihat persembahan apabila watak raja iaitu Seri Rama (protagonis) keluar
di belakang kelir berbanding watak antagonis. Hal ini adalah kerana setiap watak
mempunyai identiti dan keperibadiannya tersendiri. Ikatan dinamik ini akan lebih kukuh
melalui pembawakan dalang yang berjaya memanipulasi watak dengan menarik yang
diselangi oleh ucapan ringkas, jelas dan kreatif. Selain itu, komunikasi berlaku antara
penonton dan dalang melalui penggunaan warna, bunyi dan pergerakan dalam Wayang
Kulit Kelantan. Berdasarkan teori yang di perjelaskan, didapati bahawa tiada unsurunsur
mistik dalam hubungan dimensi dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan
seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
Description
Keywords
Wayang Kulit , Archetypal Reka Bentuk Gambalan