Analisis Wacana Seksualiti Wanita Malaysia Dalam Media
Loading...
Date
2001-03
Authors
Wong, Yuen Mei
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini adalah satu percubaan untuk melakar kerangka feminis bag;
anal isis wacana media tentang pembentukan seksualiti wanita Malaysia dan
politik gender yang beroperasi dalam teks media arus perdana. Objektif
penyelidikan ini adalah memeriksa dan mempertikaikan pergelutan kuasa
gender yang timbul daripada pembentukan seksualiti wanita Malaysia dalam
wacana yang didominasi oleh perspektif maskulin dan perspektif patriarki
heteroseksual dalam masyarakat Malaysia.
Penyelidikan ini menggunakan konsepsi differance Derrida untuk
mempertikaikan identiti seksualiti wanita dalam perspektif maskulin dan
perspektif patriarki heteroseksual. Perspektif tersebut membentuk identiti
seksualiti wanita yang ditetapkan sebagai negatif dan subordinat. Oleh itu,
seksualiti wanita tertakluk kepada batasan seksual yang memperkecilkan
autonomi wanita untuk menentukan identiti seksual mereka.
Konsepsi differance Derrida juga digunakan untuk mempertikaikan wacana
seksualiti wanita dalam pemisahan ruang publik dan ruang peribadi.
Pemisahan tersebut membataskan seksualiti wan ita dalam ruang peribadi
yang dianggap sebagai perkara peribadi dan memperkecilkan pergelutan
kuasa gender yang berkaitan dengan seksualiti wanita. Namun, penyelidikan
ini mendapati bahawa seksualiti wan ita memperlihatkan politik gender dalam
ruang publik dan ruang peribadi dalam masyarakat Malaysia.
Konsepsi 'kuasa' Foucault dalam analisis wacana digunakan untuk mengenal
pasti kesan kuasa dominasi dan kuasa penentangan yang tercetus dalam
proses normalisasi dalam wacana media mengenai seksualiti wanita
Malaysia. Wacana dapat membentuk normaliti dan devian seksualiti wanita
Malaysia dalam perspektif maskulin dan perspektif patriarki heteroseksual
serta dalam pemisahan ruang publik dan ruang peribadi.
Wacana seksualiti wanita Malaysia tersebut menghasilkan semula hirarki
stnJktur kuasa patriarki heteroseksual dalam masyarakat Malaysia. Wacana
tersebut menunjukkan batasan seksual yang ditetapkan ke atas identiti .
seksual wan ita Malaysia dalam pemisahan ruang publik dan ruang peribadi
dan dalam struktur patriarki heteroseksual. Pada masa yang sama, wacana
tersebut mendedahkan kuasa penentangan wan ita terhadap batasan yang
dipaksakan ke atas mereka, yang mengakibatkan pergelutan kuasa gender
yang menceroboh struktur patriarki heteroseksual dalam masyarakat
Malaysia.
Description
Keywords
Komunikasi , Seksualiti Wanita Malaysia