Nikah Mis-Yar : Satu Kajian Terhadap Konsep Dan Persepsi Tokoh Masyarakat Islam Di Malaysia
Loading...
Date
2012-04
Authors
Yusoff, Asma'
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Realitinya bilangan golongan wanita yang belum berkahwin yang lanjut usia dan golongan ibu tunggal merupakan satu fenomena sosial yang semakin ketara di negara ini. Ini antara punca timbulnya isu nikah mis-yar. Oleh kerana nikah mis-yar merupakan satu istilah yang boleh dikatakan baru, apabila muncul di tengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia, ia mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak di kalangan masyarakat Islam. Sebahagian pandangan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak lebih berasaskan sentimen dan kejahilan terhadap konsep dan kedudukan nikah mis-yar menurut Fiqh Islam. Kajian ini dibuat untuk membincangkan tentang konsep nikah mis-yar dan kedudukannya menurut pandangan para Fuqaha’ Islam. Selain itu, oleh kerana nikah mis-yar telah menjadi isu dan perbincangan di negara ini, maka kajian ini juga akan turut melihat persepsi masyarakat Malaysia tentang isu ini. Untuk mencapai tujuan ini, kajian mengenai nikah mis-yar ini dibuat dengan meninjau pandangan para fuqaha’ serta sarjana Islam semasa selain merujuk kitab-kitab karangan ulama tradisional. Perbandingan juga dibuat dengan pernikahan yang biasa diamalkan supaya jelas apakah konsep nikah mis-yar ini menepati kehendak konsep dan falsafah perkahwinan dalam Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. menerusi hadis-hadis baginda serta rujukan yang utama dalam perundangan Islam iaitu al-Quran. Untuk memahami persepsi masyarakat Islam terhadap nikah mis-yar ini, satu kajian lapangan telah dibuat dengan memilih tokoh-tokoh yang boleh mewakili pelbagai golongan masyarakat Malaysia yang mampu memberi pandangan dari pelbagai bidang. Daripada data yang dianalisis secara kualitatif, jelas sekali bahawa pengetahuan masyarakat Islam terhadap nikah mis-yar ini amat sedikit dan kurang diberikan perhatian oleh semua pihak. Kajian ini mendapati bahawa nikah mis-yar ini agak menarik dan tidak ada salahnya untuk diamalkan bagi para isteri yang ingin membantu sesama kaum wanita yang belum berkahwin dan golongan janda.
Description
Keywords
Konsep nikah mis-yar dan kedudukannya , menurut pandangan para Fuqaha’ Islam