Nang Talung Di Kedah Dan Perlis : Satu Kajian Terhadap Aspek Persembahan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-06
Authors
Boon, Jong Fook
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji sejarah perkembangan Nang Talung yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis. Seterusnya, kajian ini ingin menganalisis unsur-unsur yang diperlukan di dalam persembahannya merangkumi segala keperluan dan juga tujuan diadakan persembahan tersebut. Ketiganya, ialah untuk dibuat cadangan kaedah untuk langkah pemuliharaan seni persembahan ini kepada masyarakat. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah melalui tiga kaedah, yakni pertamanya melalui kaedah kepustakaan bagi mendapatkan bahanbahan rujukan yang bersesuaian dengan tajuk ini. Kaedah kedua ialah melalui temu bual dengan tokoh-tokoh seperti nai nang (dalang), informan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dengan seni ini sama ada di negeri Kedah, Perlis ataupun di wilayah berhampiran sebagai rujukan tambahan. Kaedah terakhir yang agak signifikan ialah melalui kaedah pemerhatian dan partisipasi melalui penglibatan secara langsung pengkaji di dalam persembahan Nang Talung, kerana telah melibatkan diri di dalam seni ini sejak hampir dua dekad yang lalu. Hasil dapatan dari kajian ini telah mendapati bahawa kewujudan seni persembahan Nang Talung di negeri Kedah dan Perlis adalah hasil dari pengaruh dari Thailand selatan berdasarkan kepada kedudukan lokasinya yang bersempadan dan saling berkongsi bahasa, budaya dan agama yang sama. Tujuan diadakan persembahan Nang Talung ini lebih kepada upacara ritual iaitu untuk melepaskan niat berbanding dengan hiburan.
Description
Keywords
Sejarah perkembangan Nang Talung , terdapat di negeri Kedah dan Perlis
Citation