Pelaksanaan pembiayaan perumahan di bawah prinsip Bay' Bithaman Ajil oleh Bank Islam Malaysia Berhad
Loading...
Date
2001-03
Authors
Ahmad, Fadzila Azni
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji pelaksanaan pembiayaan perumahan secara Islam di bawah
prinsip Bay' Bithaman Ajil (BBA) yang dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Secara lebih khusus ia merupakan hasil kajian yang dilaksanakan untuk mengungkai
persoalan kadar keuntungan dan bayaran balik yang tinggi di dalam pelaksanaan
pembiayaan perumahan di bawah prinsip BBA oleh BIMB. Isu pengenaan kadar keuntungan
dan jumlah bayaran balik yang tinggi ini sering dikaitkan dengan persoalan sejauh manakah penegakan prinsip-prinsip syariah oleh BIMB di dalam produk pembiayaan perumahan secara Islam yang ditawarkan.
Berdasarkan permasalahan tersebut adalah menjadi objektif kajian ini untuk mengkaji
pcnetapan kadar keuntungan pembiayaan perumahan di bawah prinsip BBA oleh BIMB
dengan membuat perbandingan secara berangka dengan kadar faedah di dalam pinjaman
pcrumahan konvensional. Di samping itu kajian ini juga bertujuan mengesahkan sejauh
manakah kebenaran persepsi yang mengatakan bayaran balik pembiayaan perumahan
secara Islam di BIMB adalah terlalu mahal dan menekan. Akhir sekali tujuan kajian ini
adalah untuk melihat keselarian di antara penetapan kadar keuntungan dan bayaran balik
pembiayaan tersebut dengan prinsip-prinsip syariah. Hasil kajian mendapati purata kadar keuntungan untuk tempoh tujuh belas tahun (1983 - 2000) adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah. Walau bagaimanapun, purata kedua-dua kadar faedah dan kadar keuntungan didapati semakin berkurangan berkadaran dengan masa. Namun nilai pengurangan kadar faedah adalah lebih tinggi berbanding kadar
keuntungan. Di atas dasar itu jurang perbezaan di antara kadar faedah dan kadar
keuntungan didapati semakin bertambah. Berkaitan persepsi yang mengatakan bayaran balik pembiayaan perumahan secara Islam adalah lebih mahal berbanding pinjaman perumahan secara konvensional, dapat
dirumuskan bahawa persepsi tersebut hanya benar untuk beberapa situasi tertentu sahaja.
Situasi-situasi yang dimaksudkan adalah bayaran balik yang dilakukan dalam keadaan
normal dan bayaran balik dengan tempoh kredit yang panjang. Sebaliknya apabila berlaku
kenmngkiran bayaran balik atau bayaran ba:lik diselesaikan lebih awal daripada tempohnya,
jumlah bayaran balik pembiayaan perumahan secara Islam adalah lebih rendah relatif
ยท kepada pinjaman perumahan secara konvensional. Namun, apabila berlaku kegawatan ekonomi semasa tempoh pembayaran balik pembiayaan, kajian mendapati trend jumlah
bayaran balik agak kurang konsisten. telihat kepada pandangan ahli-ahli Majlis Pengawasan Syariah (MPS) pula kajian
mendapati kadar keuntungan yang tinggi dan bayaran balik yang mahal di dalam transaksi
jualbeli dikatakan tidak bercanggah dengan syariah. Di atas dasar itu ahli-ahli MPS
mcnyatakan BIMB sudah mencapai matlamatnya di dalam menyediakan produk perbankan
tanpa riba. Daripada aspek kebajikan sosial pula, BIMB dikatakan telah berperanan di dalam
menunaikan tanggungjawab sosialnya di dalam bentuk pengeluaran zakat dan penawaran
produk kredit perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah. Namun, hasil
bjian telah mengenalpasti produk kredit tersebut masih belum sepenuhnya membantu
;'olongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.
Description
Keywords
Pembiayaan perumahan secara Islam