Development And Optimization Of A Multiplex Pcr Assay For Simultaneous Detection Of Salmonella Enteritidis, Salmonella Typhimurium, Salmonella Weltevreden, Salmonella Agona, And Salmonella Heidelberg

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
LING LING, CLARISSA TAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Salmonella enterica adalah spesis pathogen bawaan makanan penting yang menyebabkan gastroenteritis dan jangkitan sistemik dalam manusia. Di Malaysia, kejadian Salmonellosis bawaan makanan yang disebabkan oleh serotip Salmonella bukan tifoid (NTS) semakin meningkat secara berkala, manakala kejadian yang disebabkan oleh Salmonella tifoid (TS) semakin menurun. NTS telah diklasifikasikan sebagai punca utama wabak penyakit bawaan makanan di negara yang maju manakaladi negara yang sedang membangun, ia merupakan unsur ancaman kesihatan yang membimbangkan. Penserotipan adalah kaedah yang lazim digunakan untuk pembezaan pathogen ini dari 2,600 jenis serotip yang wujud. Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan seperti spesifisiti yang rendah, kaedah yang menyusahkan, mahal dan kadang-kala memberi keputusan yang mengelirukan. Sehingga kini, negara yang maju dan negara yang membangun di seluruh dunia masih tidak mempunyai asai untuk pengenalpastian and pembezaan secara serentak untuk lima jenis serotip NTS yang pra-dominan dan sering dipencilkan daripada pesakit gastroenteritis di hospital, iaitu S. Enteritidis, S. Typhimurium, S. Weltevreden, S. Agona dan S. Heidelberg. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan asai tindakbalas berantai polymerasi multiplek (mPCR) berasaskan amplifikasi jujukan asid nukleik yang unik untuk pengesanan dan pengesahan lima jenis serotip NTS ini secara serentak. Asai mPCR ini mengandungi lima pasangan primer spesifik untuk lima jenis serotip NTS dalam satu reaksi yang menyasarkan jujukan asid nukleik yang unik seperti yang ditentukan dengan perisian bioinformatik. Analisis penjujukan DNA menunjukkan bahawa hasil teramplifikasi PCR bagi setiap serotip adalah seperti yang dijangka. Asai mPCR ini juga mengandungi 2 jenis kawalan supaya kualiti yang bermutu tinggi dapat dicapai untuk asai diagnostik,
Description
Keywords
Development And Optimization Of A Multiplex Pcr Assay For Simultaneous Detection Of Salmonella Enteritidis, , Salmonella Typhimurium, Salmonella Weltevreden, Salmonella Agona, And Salmonella Heidelberg
Citation