Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Usahawan Kecil Muslim Di Kelantan Terhadap Ar-Rahnu
Loading...
Date
2017-08
Authors
Yahaya, Salimah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ar-Rahnu bermaksud meletakkan sesuatu barang berharga sebagai jaminan
atau cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman. Tujuan utama Ar-Rahnu
diperkenalkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak
layak untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan, selain
bermatlamat membantu usahawan kecil mendapatkan pembiayaan untuk
menjalankan aktiviti keusahawanan. Isunya, usahawan kecil sering menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan modal. Pertama, kerana tidak mendapat
kepercayaan daripada institusi kewangan ekoran daripada tiada jaminan pembayaran
balik pinjaman. Keduanya, rentetan daripada akta perbankan yang terlalu ketat,
antaranya masalah kerenah birokrasi, syarat-syarat pinjaman yang ketat, beban kadar
faedah pinjaman yang tinggi, keperluan kepada cagaran yang bernilai tinggi,
keperluan kepada penjamin serta kaedah pembayaran yang membebankan. Sehingga
kini, Ar-Rahnu semakin berkembang dengan baik, namun dikatakan bahawa
penggunaan Ar-Rahnu banyak menjurus kepada keperluan domestik berbanding
untuk tujuan kegiatan produktif. Persoalannya, bagaimana penerimaan Ar-Rahnu
bagi tujuan keusahawanan? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
usahawan kecil terhadap Ar-Rahnu? Satu kaji selidik dilakukan untuk mengenal pasti
tahap penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Ar-Rahnu dan
menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim
di Kelantan terhadap Ar-Rahnu. Selain itu, turut merumuskan keseluruhan faktor
yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Ar-
Rahnu. Soal selidik diedarkan kepada 350 orang responden yang dipilih secara
persampelan bertujuan yang terdiri daripada usahawan kecil Muslim di Negeri
Kelantan. Hasil dapatan dianalisis menerusi statistik deskriptif untuk mengetahui
nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Selain itu, data yang diperoleh juga dianalisis
menggunakan statistik inferensi menerusi ujian korelasi pearson dan regresi.
Dapatan ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social
Sciences” (SPSS) versi 22.0. Hasil dapatan mendapati, usahawan kecil Muslim di
Kelantan menunjukkan tahap penerimaan yang positif terhadap kesemua item dalam
konstruk intrinsik, ekstrinsik dan kepatuhan beragama melalui nilai skor min tinggi
yang ditunjukkan. Hasil analisis menggunakan korelasi dan regresi mendapati faktorfaktor
yang mempengaruhi penerimaan secara positif dan signifikan terhadap Ar-
Rahnu ialah dimensi pertimbangan halal haram, kefahaman, kos upah simpan,
promosi serta ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Penemuan utama kajian ini
mendapati, faktor kepatuhan beragama tidak mempengaruhi usahawan kecil untuk
memilih Ar-Rahnu. Implikasinya, institusi-institusi Islam termasuk Ar-Rahnu
didapati banyak mempromosikan produk dan perkhidmatan Islam menggunakan
pendekatan 'agama' untuk melariskan, sedangkan „agama‟ bukan faktor utama yang
mempengaruhi keputusan usahawan dalam memilih pembiayaan kewangan. Hasil
kajian ini memberi sumbangan yang cukup signifikan kepada bidang pembiayaan
mikro Islam, Ar-Rahnu dan tingkah laku usahawan Islam dari aspek emperikal.
Description
Keywords
Tujuan utama Ar-Rahnu diperkenalkan adalah , untuk membantu golongan berpendapatan rendah