Kesan pengetahuan cukai dan sikap terhadap sasaran ke atas niat untuk mematuhi pembayaran cukai di kalangan peniaga-peniaga kecil
Loading...
Date
2002-07
Authors
Ramasamy, Mottiakavandar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini melihat faktor-faktor yang menyebabkan mengapa sebilangan pemiaga-peniaga kecil (peniaga tunggal dan perkongsian) tidak membayar. Faktor yang dikaji ialah amaun pengetahuan cukai yang dimiliki oleh peniaga kecil dan sikap terhadap sasaran. Sikap terhadap sasaran yang terdiri dari sikap terhadap kepatuhan orang lain, sikap terhadap keberkesanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sikap terhadap keadilan sistern percukaian. Sikap terhadap kepatuhan sendiri dan niat untuk mematuhi juga turut diuji. Maklumat telah dikumpul melalui temubual dan kaedah tinjauan. Tiga ratus dua belas responden telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak ada kesan perhubungan di antara dirnensi amaun pengetahuan cukai dengan dimensi sikap terhadap kepatuhan
sendiri. Perhubungan positif hanya terdapat di antara dirnensi sikap terhadap kepatuhan orang lain dan dimensi sikap terhadap keadilan sistem percukaian dengan dimensi sikap terhadap kepatuhan sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan sikap kepatuhan sendiri tidak mempunyai perhubungan positif dengan niat untuk mernatuhi.
Description
Keywords
Cukai