Kajian Terhadap Penglibatan Pengurus Penyenggaraan Di Dalam Proses Reka Bentuk Bangunan Untuk Memudahkan Penyenggaraan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003-04
Authors
Sarzali, Junnita
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau apakah reka bentuk bangunan yang memudahkan penyenggaraan dari segi tahap kerja penyenggaraan bangunan seperti kerja-kerja pembersihan, pembaikan dan penggantian. Ia juga mengkaji sejauhmanakah penglibatan pengurus penyenggaraan di dalam proses reka bentuk bangunan. Satu set soal selidik telah diposkan kepada 182 firma Pengurusan Hartanah disekitar lohor Bharu, Lembah Klang dan Pulau Pinang. Sebanyak 46 responden telah mengembalikan soal selidik dengan lengkap. Satu kajian kes juga dilakukan di bangunan Menara UMNO Pulau Pinang, bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci tentang tahap kerja penyenggaraan pada bangunan tersebut. Hasil daripada kajian soal selidik didapati bahawa tiga perempat daripada jumlah responden tidak terlibat semasa proses reka bentuk. Ini mengakibatkan keIja-kerja penyenggaraan tidak mencapai tahap mudah untuk disenggarakan. Seterusnya, lebih daripada separuh keIja pembersihan adalah pada tahap sederhana sementara .... kerja pembaikan serta penggantian adalah pada tahap sukar dijalankan. Penemuan daripada kajian kes pula menunjukkan bahawa reka bentuk yang memudahkan penyenggaran akan melibatkan kos yang munasabah, mudah didekati atau dicapai untuk kerja penyenggaraan, penggunaan bahan dan kelengkapan bangunan yang mudah disenggara dan mudah didapati di pasaran. Maka, adalah disarankan agar satu keIj asama dibentuk di antara pengurus penyenggaraan dan pereka, bermula daripada proses reka bentuk agar perkara berkaitan memudahkan penyenggaraan dapat dipertimbangkan dari awallagi.
Description
Keywords
sejauhmanakah penglibatan pengurus penyenggaraan , di dalam proses reka bentuk bangunan
Citation