Kesan Pendekatan Taaj Dan Taab Terhadap Kesejahteraan Emosi Dan Resiliensi Wanita Berhadapan Konflik Perkahwinan

dc.contributor.authorArsad, Siti Suhaila
dc.date.accessioned2021-06-24T13:59:12Z
dc.date.available2021-06-24T13:59:12Z
dc.date.issued2019-08
dc.description.abstractKesejahteraan emosi dan resiliensi merupakan elemen penting dikenal pasti dalam berhadapan konflik perkahwinan. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan TAAJ danTAAB terhadap kesejahteraan emosi dan resiliensi wanita yang berhadapan konflik perkahwinan. Dua reka bentuk iaitu single subject research, A-B dan multiple embedded case study diaplikasikan dalam melaksanakan kajian ini. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Seramai empat peserta terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada dua peserta menjalani rawatan menggunakan pendekatan TAAJ (adaptasi pendekatan tazkiyah al-nafs standard JAKIM) manakala, dua peserta lagi menjalani rawatan menggunakan pendekatan TAAB (integrasi teknik-teknik solution focused brief therapy dalam TAAJ). Pengutipan data dilakukan menggunakan instrumen Positive and Negative Affect Schedule (PANAS) dan Connor-Davidson Resilience Scale (CD-RIS). Data yang dikutip dari instrumen PANAS dan CD-RIS dianalisis menggunakan kaedah analisis visual dan pengiraan percentage of nonoverlapping data (PND). Sementara data kualitatif, analisis kandungan dilakukan terhadap transkripsi temu bual sesi kaunseling dan separa berstruktur, manakala analisis pemerhatian dilakukan menggunakan senarai semak Mental Status Examination (MSE).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/13637
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTaaj Dan Taaben_US
dc.subjectWanitaen_US
dc.titleKesan Pendekatan Taaj Dan Taab Terhadap Kesejahteraan Emosi Dan Resiliensi Wanita Berhadapan Konflik Perkahwinanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: