Impak Aktiviti Antropogen Dan Faktor Yang Berkaitan Terhadap Kualiti Air Sungai Tropika, Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-02
Authors
Mohd Rosli, Nurul Ruhayu
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sungai Pinang bermula dari kawasan hutan simpan Bukit Laksamana dan Bukit Tiger. Ianya berfungsi membekalkan sumber air tawar kepada penduduk Balik Pulau, Pulau Pinang. Kebanyakan aktiviti antropogen seperti pertanian, domestik dan akuakultur tertumpu di sepanjang pinggir sungai ini. Sungai Pinang yang berukuran 6.5 km panjang mengalami pasang surut mikro dengan kemasukan air masin sehingga ke bahagian tengah sungai dan bersaliniti 30 psu ketika pasang perbani. Kajian ini dijalankan selama 13 bulan semasa air pasang perbani dan anak (Oktober 2007 hingga Oktober 2008) bagi menentukan impak aktiviti antropogen terhadap sistem sungai ini. Dari Analisis Varians (ANOVA) satu hala dan ‘Non-supervised Artificial Neural Network’ (ANN) menunjukkan bahawa sumber pencemaran nitrat (44.68 ± 0.62 μM) tertumpu di hulu sungai manakala keperluan oksigen biologi (‘Biological Oxygen Demand’, BOD5) (13.85 ± 2.05 mg/L), jumlah pepejal terampai (‘Total Suspended Solids’, TSS) (2366.67 ± 707.11 mg/L) dan orto-fosfat (34.17 ± 0.43 μM) mempengaruhi di bahagian tengah sungai. Ujian korelasi Pearson menunjukkan nitrat berkolerasi secara negatif dengan saliniti (r = -0.70), konduktiviti (r = - 0.67) dan suhu (r = -0.62). Faktor pasang surut dan kemusiman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kualiti air Sungai Pinang.
Description
Keywords
Antropogen , Air Sungai Tropika
Citation