Pendekatan Al-Quran Dalam Mencegah Al-Fasad Al-Mali: Aplikasi Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Loading...
Date
2016-09
Authors
Md Zain, Mohd Zaini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Al-fasad al-mali difahami sebagai perlakuan yang bertentangan dengan syara’ dalam pemilikan harta atau perolehan manfaat untuk individu atau kumpulan dan ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Al-Quran yang merupakan panduan hidup manusia, telah mengemukakan beberapa kaedah dan pendekatan untuk mencegahnya. Salah satu bentuk al-fasad al-mali
yang telah berakar umbi dalam sejarah manusia ialah rasuah. Seperti negara-negara lain, Malaysia telah mengambil langkah yang serius dalam mencegah rasuah. Namun, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan peningkatan dalam kes tangkapan pesalah rasuah di antara tahun 2013 hingga 2015. Justeru, timbul persoalan mengapa berlakunya peningkatan bilangan pesalah rasuah walaupun tindakan pencegahan telah dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh SPRM dan membandingkannya dengan cadangan pencegahan al-fasad al-mali yang digariskan di dalam al-Quran. Kajian ini menggabungkan dua jenis kajian, iaitu kajian kepustakaan dan kajian tinjauan. Hasil kajian mendapati, terdapat 11 pendekatan pencegahan al-fasad al-mali yang disarankan oleh al-Quran dan 8 daripadanya telah diaplikasikan oleh SPRM. Kajian juga mendapati terdapat 3 pendekatan pencegahan yang belum
diaplikasikan oleh SPRM; iaitu saranan supaya melaksanakan pengukuhan pendidikan akidah, perlaksanaan hukuman takzir dan perlantikan penasihat agama dalam organisasi bagi mengimbangi salahlaku rasuah. Diharap kajian ini dapat memberi sumbangan dalam mempelbagaikan bentuk pendekatan mencegah rasuah di Malaysia dan diberi perhatian oleh pihak berwajib.
Description
Keywords
Pendekatan Al-Quran Dalam Mencegah Al-Fasad Al-Mali , Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia