Pendidikan Menengah Di Sabah: Dari Segi Perspektif Sejarah Dan Perkembangan-Nya
Loading...
Date
1983
Authors
D. Bandira Datu Alang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pendidikan merupakan satu institusi yang amat penting untuk mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Tanpa pendidikan kemerdekaan sesebuah negara itu tidak bererti, ini kerana pendidikan adalah satu alat yang amat penting dalam penyambungan, penerusan dan 'survival' satu satu masyarakat itu. Institusi ini juga boleh digunakan oleh sesebuah negara untuk mencapai beberapamatlamat tertentu. " Kepada pemerintah dan perancangan, pendidikan adalah sesebuah institusi yang antara lainmenyediakan guna tenaga kepada negara. Kepada ahli-ahli sosiologi dan antropologi, pendidikan pada umumnya ialah institusi pemasyarakatan supaya penduduk sesebuah masyarakat itu menganut, memahami dan menghayati nilai norma masyarakatnya. kaum pendidik melihatnya sebagai institusi yang menggerakkan pertumbuhan secara menyeluruh ketahap maksimum seseorang individu, sesuai dengan keupayaan semula jadi yang ada pada individu itu masing-masing. Ahli-ahli agama pula melihatnya sebagai institusi yang pada akhirnya akan melahirkan manusia yang beragama dan beriman.
Description
Monograf
Keywords
Education, Secondary , Sabah