Sistem Perancangan Dan Kawalan Pembangunan Di Sabah
Loading...
Date
1997-03
Authors
Hj. Mohd Noor, Harifah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek yaIlg penting di dalam sistem
perancangan kerana fungsinya sebagai mellgawal pembangunan dan
mengimplementasikan polisi-polisi perancangan daripada peringkat national ke peringkat
tempatan. Ianya juga melibatkan pertimbangan dan keputusan di dalam kawalan
pembangunan diperingkat tempatan yang melibatkan organisasi, prosedur dan
perlaksanaan.
Kritikan mengenai sistem perancangan khususnya melibatkan fungsi dan peranan
kawalan pembangunan telah banyak dipersoalkan sejak beberapa tahun. Kritikan adalah
mengenai masalah-masalah dan konstrain-konstarin yang dihadapi oleh kedua belah
pihak iaitu pihak berkuasa dan agensi-agensi pembangunan di dalam menangani proses
kelulusan permohonan merancang dan melibatkan membuat keputusan serta caranya
keputusan diambil.
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti perundangan sedia ada yang digunapakai di
Sabah yang berkaitan dengan perancang bandar dan desa serta sistem kawalan
pembangunannya. Kajian ini juga cuba untuk membuat penilaian terhadap kawalan
pembangunan yang telah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Kota Kinabalu
dalam menjalankan tugas mereka untuk mengawal pembangunan di bandar Kota
Kinabalu. Dua perkara yang diberi perhatian utama di dalam aspek kawalan
pembangunan tersebut iaitu: yang melibatkan pemakaian perundangan/ordinan dan
kedua yang melibatkan organisasi dan prosedur.
Diharapkan melalui kajian ini dapat melihat mana-mana langkah yang terbaik untuk
mencari jalan mengatasi masalah yang berbangkit daripada kawalan pembangunan dan
seterusnya memberi beberapa cadangan yang dapat memperbaiki sistem kawalan yang
sedia ada supaya lebih berkesan.
Description
Keywords
Meneliti perundangan sedia ada yang , berkaitan dengan perancang bandar dan desa