Kajian Terhadap Proses Penjanaan Pengetahuan Dalam Kaedah - Kaedah Pengajaran Ekspositori Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Sistem Pengurusan Pembelajaran

dc.contributor.authorAhmad, Mazida
dc.date.accessioned2018-10-23T04:06:52Z
dc.date.available2018-10-23T04:06:52Z
dc.date.issued2010-01
dc.description.abstractDari analisis data pelbagai industri terkemuka di Jepun, Nonaka dan Takeuchi (1995) merumuskan bahawa penjanaan pengetahuan meliputi proses-proses interaksi dan transaksi pengetahuan tasit dan pengetahuan eksplisit antara pakar dan novis yang melibatkan proses-proses Sosialisasi (Socialization), Pensuratan (Externalization), Kombinasi (Combination) dan Pensiratan (Internalization) (SECI). Model ini amat menarik namun kajian yang menunjukkan kesesuaian aplikasinya dalam bidang pendidikan masih berkurangan. Maka kajian ini meninjau sama ada model SECI dapat menjelaskan proses-proses penjanaan pengetahuan dalam pembelajaran dalam talian berbantukan teknologi sistem pengurusan pembelajaran (LMS) bagi kaedah-kaedah pengajaran ekspositori dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Penyelidikan ini menggunakan kutipan data secara tinjauan dan melibatkan sampel seramai 495 orang pelajar yang mengikuti kursus-kursus berbantukan LMS dari sebuah universiti di Malaysia. Satu set instrumen dibangunkan berdasarkan petunjuk-petunjuk (indicators) bagi setiap konstruk dalam model SECI yang mana konstruk Sosialisasi sebagai pembolehubah exogenous dan konstruk lain sebagai pembolehubah endogenous.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6844
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectProses Penjanaan Pengetahuanen_US
dc.subjectDalam Kaedah - Kaedah Pengajaran Ekspositorien_US
dc.titleKajian Terhadap Proses Penjanaan Pengetahuan Dalam Kaedah - Kaedah Pengajaran Ekspositori Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Sistem Pengurusan Pembelajaranen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: