Pengaruh Kejiranan Terhadap Kadar Jenayah Di Kawasan Perumahan Taman Mewah Batu Maung, Pulau Pinang.

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-05
Authors
Jusoh, Muhamad Rosdan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini mengkaji tentang pengaruh kejiranan terhadap kadar jenayah yang telah dilakukan di kawasan perumahan Taman Mewah Batu Maung, Pulau Pinang. Aspek kejiranan yang dilihat adalah dari segi hubungan interaksi dan kekuatan perpaduan. Kekuatan aspek perpaduan ini diukur dengan meletakkan beberapa pemboleh ubah yang berkaitan dengan amalan perpaduan seperti bergotong royong, kunjung mengunjung, bertukar masakan, mempercayai jiran dan lain-lain. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 102 penghuni. Teknik persampelan seratus peratus (100% Sampling) digunakan kerana jumlah responden kecil sahaja disamping untuk menguatl<an lagi hasil kajian penyelidik. Hasil kajian menunjukkan kejiranan di sini baik dan hidup dalam perpaduan. Kesan ini telah membantu mengurangkan ancaman jenayah di kawasan mereka. Rekabentuk rumah (Rumah Flat) di sini juga didapati turut membantu kepada pengurangan jenayah di kawasan ini. Hasil rumusan menunjukkan bahawa pengaruh kejiranan masih relevan dalam menangani masalah jenayah di samping kepentingan rondaan polis dan khidmat pengawal keselamatan.
Description
Keywords
Pengaruh kejiranan terhadap kadar jenayah , di kawasan perumahan.
Citation