Kepelbagaian Biologi Amfibia Dan Kandungan Perut Dua Spesies Terpilih Di Sungai Sedim, Kedah, Malaysia
Loading...
Date
2013-12
Authors
Abdul Rahim, Nurul Dalila
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Satu kajian tentang kepelbagaian biologi anura sungai dan tabiat pemakanan
dua spesies anura terlimpah iaitu Amolops larutensis (Boulenger, 1899) dan
Phrynoidis aspera (Gravenhorst, 1829) telah dijalankan di Kompartment 15, Hutan
Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah, Malaysia. Kajian ini dijalankan selama 16
bulan iaitu bermula dari 17 Mei 2008 hingga 14 September 2009. Sebanyak 19
persampelan telah dilakukan dengan jumlah usaha persampelan sekitar 166 jammanusia.
Kaedah pencarian aktif digunakan untuk inventori spesies. Kajian tabiat
pemakanan pula dijalankan dengan memeriksa kandungan perut dan usus spesies
anura sungai terlimpah iaitu A. larutensis dan P. aspera. Sebanyak 460 individu
anura yang terdiri daripada 19 spesies daripada enam famili telah direkodkan. Indeks
kepelbagaian Shannon Weiner dan kesamarataan adalah rendah iaitu 1.89 dan 0.22
manakala nilai Indeks dominan Simpsons adalah tinggi iaitu 0.58. Indeks kekayaan
spesies Margalef adalah rendah iaitu 6.76. A. larutensis merupakan spesies yang
dominan diikuti oleh P. aspera dan O. hosii manakala tujuh spesies yang jarang
ditemui adalah Megophrys nasuta, Ingerophrynus parvus, Humerana miopus,
Hylarana erythraea, Limnonectes blythii, Rhacophorus tunkui dan Nyctixalus pictus.
Analisis pemakanan mendapati A. larutensis memangsai julat invertebrata yang luas
sebaliknya P. aspera mengamalkan ‘myrmecophagy’ iaitu cenderung untuk
menjadikan semut dan anai-anai sebagai mangsa major. Terdapat 32 kategori mangsa
pemakanan ditemui dari kandungan perut dan usus A. larutensis tetapi hanya 19
kategori ditemui dari kandungan perut dan usus P. aspera.
Description
Keywords
Biologi Amfibia , Sungai Sedim