Fungsi-Fungsi Teritlak Splln-8 Pada Jaringan Sisiempat Mudah (JSM)
Loading...
Date
1999-05
Authors
RAMLI, DZATI ATHIAR
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Industri rekabentuk yang berasaskan kepada penggunaan sistem rekabentuk
bantuan komputer (CAD) seperti yang terdapat dalam industri kereta, perkapalan dan
kapal terbang memerlukan kaedah pameran rupabentuk yang praktikal. Rekabentuk
corak boleh dilaksanakan dengan menakrifkan bentuk lengkung dan permukaannya.
Takrifan ini berdasarkan data-data yang merupakan titik-titik atau polihedron kawalan.
Lengkung atau permukaan yang terhasil melalui konsep interpolasi atau penghampiran
akan cuba meniru bentuk- data tersebut.
Objektif tesis ini adalah untuk menJana permukaan mudah tertutup yang
dihasilkan apabila menakrifkan fungsi-fungsi teritlak splin-B bikuadratik dan bikubik
pada jaringan sisiempat mudah (JSM) 6 muka dan 24 muka. JSM merupakanjaringan
polihedron tertutup dengan muka-muka bersisiempat. Setiap bucu JSM mempunyai
3(singular) atau 4(biasa) tepi bertemu.
T umpuan fungsi yang ditakrifkan adalah terhadap muka ataupun bucu JSM.
Fungsi-fungsi ini memenuhi syarat keselanjaran G1 pada tepi singular dan Cl pada tepi
biasa. Fungsi yang telah dibina akan digunakan untuk menjana permukaan hampiran
secara cebis demi cebis. Permukaan yang _ dihasilkan boleh diubahsuai rupabentuknya
dengan mengubah titik kawalan (atau polihedron kawalan).
HasiI penyelidikan ini boleh disumbangkan kepada industri buatan yang
disebutkan di atas jika industri tersebut memerlukan rekabentuk objek 3 dimensi yang
tertutup dan licin. Maklumat rupabentuk objek boleh disimpan dalam pangkalan data
komputer. Kaedah ini mudah dilaksanakan dan mampu mengendalikan analisis, sintesis
. dan pengubahsuaian supaya rupabentuk objek menepati keperluan industri atau
kehendak pengguna.
Description
Keywords
Fungsi-Fungsi Teritlak Splln-8 , Pada Jaringan Sisiempat Mudah (JSM)