Fungsi-Fungsi Teritlak Splln-8 Pada Jaringan Sisiempat Mudah (JSM)

dc.contributor.authorRAMLI, DZATI ATHIAR
dc.date.accessioned2016-08-02T08:30:31Z
dc.date.available2016-08-02T08:30:31Z
dc.date.issued1999-05
dc.description.abstractIndustri rekabentuk yang berasaskan kepada penggunaan sistem rekabentuk bantuan komputer (CAD) seperti yang terdapat dalam industri kereta, perkapalan dan kapal terbang memerlukan kaedah pameran rupabentuk yang praktikal. Rekabentuk corak boleh dilaksanakan dengan menakrifkan bentuk lengkung dan permukaannya. Takrifan ini berdasarkan data-data yang merupakan titik-titik atau polihedron kawalan. Lengkung atau permukaan yang terhasil melalui konsep interpolasi atau penghampiran akan cuba meniru bentuk- data tersebut. Objektif tesis ini adalah untuk menJana permukaan mudah tertutup yang dihasilkan apabila menakrifkan fungsi-fungsi teritlak splin-B bikuadratik dan bikubik pada jaringan sisiempat mudah (JSM) 6 muka dan 24 muka. JSM merupakanjaringan polihedron tertutup dengan muka-muka bersisiempat. Setiap bucu JSM mempunyai 3(singular) atau 4(biasa) tepi bertemu. T umpuan fungsi yang ditakrifkan adalah terhadap muka ataupun bucu JSM. Fungsi-fungsi ini memenuhi syarat keselanjaran G1 pada tepi singular dan Cl pada tepi biasa. Fungsi yang telah dibina akan digunakan untuk menjana permukaan hampiran secara cebis demi cebis. Permukaan yang _ dihasilkan boleh diubahsuai rupabentuknya dengan mengubah titik kawalan (atau polihedron kawalan). HasiI penyelidikan ini boleh disumbangkan kepada industri buatan yang disebutkan di atas jika industri tersebut memerlukan rekabentuk objek 3 dimensi yang tertutup dan licin. Maklumat rupabentuk objek boleh disimpan dalam pangkalan data komputer. Kaedah ini mudah dilaksanakan dan mampu mengendalikan analisis, sintesis . dan pengubahsuaian supaya rupabentuk objek menepati keperluan industri atau kehendak pengguna.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2347
dc.subjectFungsi-Fungsi Teritlak Splln-8en_US
dc.subjectPada Jaringan Sisiempat Mudah (JSM)en_US
dc.titleFungsi-Fungsi Teritlak Splln-8 Pada Jaringan Sisiempat Mudah (JSM)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: