Kajian Morfologi Dan Analisis Genetik Bagi Varian Padi Angin Dan Padi Kultivar (MR 211 Dan MR 220) Di Kawasan MADA, Malaysia

dc.contributor.authorHashim, Faridah Che
dc.date.accessioned2018-08-03T02:24:00Z
dc.date.available2018-08-03T02:24:00Z
dc.date.issued2011-07
dc.description.abstractInfestasi padi angin, Oryza sativa kompleks, adalah serius, terutamanya di kawasan sawah yang mengamalkan kaedah tabur terus. Varian padi angin mempunyai ciri morfologi yang seiras dengan padi komersial dan sukar dikawal pertumbuhannya berbanding rumpai lain. Oleh yang demikian, kajian varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 dan MR 220 dari plot-plot tanaman padi di kawasan MADA telah dilaksanakan. Kajian yang telah dijalankan melibatkan tiga bahagian; i) analisis morfologi bagi varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 serta MR 220, ii) analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit terhadap varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 serta MR 220 dan iii) analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit terhadap varian padi angin paling dominan di kawasan MADA. Perbezaan dan persamaan ciri-ciri morfologi yang diperhatikan ialah panjang janggut biji benih bagi varian berjanggut, ketinggian pokok, bilangan jumlah panikel, panjang internod, berat bagi 1000 biji padi yang matang, warna perikap biji padi, arah daun pengasuh pokok padi dan bilangan hari tempoh biji padi matang. Analisis data morfologi untuk 50 individu dari 10 varian padi angin yang dijumpai di MADA dan juga dua jenis kultivar MR 211 dan MR 220 melalui Analisis Komponen Prinsipal (PCA) menunjukkan bahawa kesemua sampel yang dikaji terbahagi kepada empat kumpulan besar (K1, K2, K3 dan K4). Kajian inter varian menggunakan DNA mikrosatelit ke atas 10 varian padi angin serta dua jenis padi kultivar MR211 dan MR220 telah berjaya dijalankan. Analisis STRUCTURE 2.2, mencadangkan terdapat 15 kumpulan (K=15) yang berbeza xvii secara genetik hadir di kawasan MADA. Varian padi angin yang paling dominan yang ditentukan melalui pengiraan Indeks Spesis Dominan Berger-Parker ialah varian panikel tertutup (T). Analisis DNA mikrosatelit ke atas 500 individu varian ini dari 10 lokasi berbeza di MADA menunjukkan nilai K tertinggi ialah 11 (K=11). Kajian yang dijalankan ini telah dapat mengenalpasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta hubungan genetik antara varian-varian padi angin dan padi komersial. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada penyelidik lain tentang morfologi dan genetik padi angin secara terperinci dalam usaha mereka mengatasi infestasi yang berleluasa di kawasan MADAen_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6160
dc.subjectRice geneticsen_US
dc.titleKajian Morfologi Dan Analisis Genetik Bagi Varian Padi Angin Dan Padi Kultivar (MR 211 Dan MR 220) Di Kawasan MADA, Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Faridah bt Che Hashim_HJ.pdf
Size:
2.93 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: