Perkembangan pendidikan Islam di Singapura : satu kajian kes "Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah" (1970-1990)

Loading...
Thumbnail Image
Date
1995-12
Authors
Haji Junid, Haji Abdul Samad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti corak dan kekesanan pendidikan Islam di Singapura dan sejauh manakah perubahan dan kesan sistem pendidikan Singapura terutama dari aspek pengaruhnya terhadap sikap dan pemikiran masyarakat Melayu Islam Singapura dalam kontek pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan dengan mengambil Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah sebagai kes kajian. Data-data kajian dikumpulkan melalui pendekatan sejarah, berdasarkan kepada dokumen-dokumen dan temubual tokoh-tokoh yang terlibat. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa kemerosotan dan kebangkitan semula Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah dalam tahun-tahun 1970 - 1990, telah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti ekonomi, pendidikan dan sosial di bawah kuasa politik Singapura. Apabila keadaan ekonomi Singapura agak merosot pada tahun-tahun 1970 - 80-an, sambutan masyarakat Islam terhadap pendidikan agama Islam adalah merosot. Tumpuan masyarakat adalah untuk kegiatan-kegiatan memajukan ekonomi diri. Dalam tahun-tahun 1980 - 1990, apabila ekonomi negara Singapura maju, masyarakat Melayu Islam Singapura telah memberi perhatian kepada pendidikan agama Islam untuk kepentingan sosial. Dalam perkembangan ini, institusi pendidikan agama Islam seperti Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah telah mengadakan beberapa perubahan dari segi kurikulum, kemudahan dan penerimaan masuk pelajar-pelajar puteri. Kesinambungan Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah dan madrasah-madrasah yang lain di Singapura adalah berkat ketabahan perjuangan pendidik dan pencinta Islam yang kental dalam mempertahankan institusi pendidikan Islam. Ini dapat dilihat menerusi kebangkitan semula pendidikan Islam khasnya Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah sejak pertengahan dekad 80-an walaupun telah diketepikan selama dua dekad setengah (1960 - 1985) Dapatan dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa sistem pendidikan Islam di Madrasah AI-Junied AI-Islamiyyah boleh dijadikan model kepada madrasahmadrasah di Singapura untuk menjamin peluang pelajar Melayu Islam Singapura melanjutkan pelajaran di sebarang laut. Model pendidikan Islam di Madrasah AIJunied AI-Islamiyyah juga adalah baik dan boleh diserapkan dalam sistem pendidikan Islam di Singapura secara menyeluruh untuk memenuhi tuntutan perubahan masyarakat Singapura moden Secara kesimpulannya kajian ini telah menonjolkan kedudukan dan peranan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) terhadap usaha-usaha menjamin kesinambungan sistem pendidikan Islam dan masa depan masyarakat Melayu Islam Singapura.
Description
Keywords
Pendidikan Islam di Singapura
Citation