Penyumberan Luar Khidmat Sokongan Hospital Awam Di Malaysia: Amalan Bijak Ke Arah Kecapaian Dasar
Loading...
Date
2016-03
Authors
Hashim, Suliahti
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyumberan luar khidmat sokongan hospital (KSH) awam di Malaysia
adalah sangat berbeza dengan negara lain. KSH awam adalah projek penswastaan
terbesar Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM), yang terbesar seumpamanya di
dunia dan yang julung kali dilaksanakan di dunia. Lima KSH bukan klinikal telah
dipilih untuk diuruskan oleh satu kontrak, dan bukannya diuruskan oleh pihak
pengurusan hospital. Walaupun pelbagai kajian dibuat tentangnya, namun tiada
penyelidikan mendalam dari konteks pencapaian objektif Dasar penswastaan dan
amalan bijak yang dipraktiskan. Objektif kajian pertama adalah untuk menentukan
sejauh mana lima objektif Dasar Penswastaan telah dicapai melalui penggunaan
khidmat luar KSH awam. Objektif kajian kedua pula untuk mengenal pasti
sejauhmana tahap amalan bijak penyumberan luar dipraktiskan dalam penyumberan
luar KSH awam. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan penyumberan luar KSH,
amalan bijak telah dikenal pasti yang melibatkan peringkat pra dan pasca penswastaan
(penyumberan luar). Kaedah penyelidikan campuran dipilih untuk mencapai keduadua
objektif kajian. Data dikumpul daripada kajian soalselidik, temubual dan kajian
dokumentasi kerajaan dianalisa dan ditriangulasikan bersama. Seramai 148
responden terlibat dalam soalselidik, manakala 26 responden ditemubual. Responden adalah dari tahap pengurusan atasan, pertengahan dan teknikal. Pelbagai bentuk
dokumen kerajaan dipergunakan dalam usaha untuk mencapai hasil yang lebih
menyeluruh. Penemuan kajian mendapati bahawa wujudnya hubungan di antara
mempraktiskan amalan bijak dengan kecapaian objektif Dasar Penswastaan. Sebelum
melaksanakan apa-apa polisi, kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam membuat
keputusan dengan lebih berhemah dan telus dalam mempraktiskan amalan bijak
penyumberan luar. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu negara-negara lain
yang ingin menyumber luar perkhidmatan kesihatan pada skala besar yang sama
seperti Malaysia.
Description
Keywords
Dasar Penswastaan