Sejarah sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 hingga 1957

dc.contributor.authorTeh, Koon Hoo
dc.date.accessioned2017-08-22T08:17:00Z
dc.date.available2017-08-22T08:17:00Z
dc.date.issued2003-06
dc.description.abstractKajian ini memfokuskan kepada isu sosioekonomi Yan, Kedah dari 1909 hingga 1957 dengan penelitian kepada aspek peminggiran dan penindasan serta optimisme dan survival (kemandirian). Kajian ini mendapati peminggiran dan penindasan berlaku seiring pada zaman kolonial. Demi survival, penduduk Yan bersikap optimistik lalu dapat menyesuaikan diri untuk menangani masalah yang timbul daripada fenomena peminggiran dan penindasan. Kajian ini melihat bagaimana dasar peminggiran Yan secara sengaJa atau sebaliknya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik telah memundurkan Y an. Tumpuan kolonial kepada daerah-daerah eksploitasi terns meminggirkan Yan daripada menikmati kemudahan infrastruktur dan perkembangan ekonomi moden. Di sebaliknya, Yan menjadi tumpuan golongan kapitalis asing yang rakus memeras lebihan ekonomi petani. Lebih malang lagi, pemodal-pemodal Melayu juga mengambil kesempatan untuk menindas petani melalui sistem padi kunca dan jual janji. Kajian ini mendapati penduduk Yan dapat mengatasi fenomena peminggiran dan penindasan melalui sikap optimistik demi mempertahankan survival mereka. Nilainilai sosiobudaya seperti ikatan persaudaraan. berderau, sedekah, zakat dan fitrah diperkukuh demi survival golongan petani yang lemah. Kajian ini juga memaparkan optim~sme penduduk Yan yang berkaitan dengan survi'.lal mereka dengan sanggup berkorban untuk kepentingan pelajaran anak-anak dengan bergotong-royong membina institusi pendidikan yang akhirnya berjaya melahirkan golongan cerdik pandai Melayu. Pendudukan Jepun walaupun singkat (3 tahun 8 bulan) meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk Yan. Setelah munculnya gerakan politik massa yang selama ini dikongkong oleh British, orang Melayu Yan bukan sahaja lantang mempersoalkan peminggiran Y an malah sedar akan dasar British yang tidak langsung tidak membawa kemajuan Yan. Sedikit perhatian yang diberikan oleh tentera Jepun dirasakan begitu tinggi nilainya kerana selama ini Yan dipinggirkan. Oleh itu, dalam suasana politik yang sedang bergolak selepas tentera Jepun berundur, penduduk Yan telah bersatu menyokong tokoh-tokoh politik mereka untuk menghadapi ancaman Bintang Tiga dan Malayan Union. Dalam suasana politik yang kelam-kabttt. pada 1946 ini, tokoh politik Yan telah muncul untuk menyatukan penduduk Kedah dan berjaya menganjurkan tunjuk perasaan menentang rancangan Malayan Union. Sikap optimistik penduduk Yan demi survival bangsa Melayu jelas terpancar dalam tempoh kekalutan politik, 1946 hingga1957.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4409
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSosioekonomien_US
dc.titleSejarah sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 hingga 1957en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: