Penghasilan Hidroksiapatit Menggunakan Kaedah Pengaktifan Mekanik
Loading...
Date
2013-12
Authors
Zakaria, Azlila
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kaedah pengaktifan mekanik merupakan suatu kaedah yang moden, mudah dan
ekonomi bagi menghasilkan hidroksiapatit. Kaedah ini boleh digunakan untuk
mensintesiskan hidroksiapatit melalui tindakbalas kimia yang berlaku akibat
penyerapan tenaga menerusi aktiviti pelanggaran mekanikal. Kajian ini dilakukan
adalah untuk mengkaji parameter pengisaran terbaik dalam penghasilan
hidroksiapatit fasa tunggal. Selain itu, parameter optimum yang dipilih ini boleh
memenuhi objektif utama kajian iaitu untuk menjimatkan masa dan tenaga yang
digunakan. Mesin pengisar planetari telah digunakan untuk menindakbalaskan bahan
mula kalsium hidroksida dan kalsium hidrogen fosfat terhidrat. Parameter pengisaran
yang dikaji ialah tempoh pengisaran, media pengisar, nisbah berat bebola kepada
berat sampel dan juga kelajuan pengisaran. Setelah itu, ujian pencirian iaitu saiz
partikel, mikroskop elektron imbasan (SEM), mikroskop elektron penghantaran
(TEM) dan bioaktiviti (SBF) telah dilakukan untuk menentukan sifat-sifat
hidroksiapatit yang diperolehi. Hidroksiapatit fasa tunggal dengan parameter yang
optimum boleh diperolehi dalam tempoh 2 jam pengisaran, menggunakan media
keluli nirkarat, nisbah berat bebola kepada berat sampel sebanyak 10:1 dan kelajuan
pengisaran 300 rpm. Parameter ini bukan sahaja memenuhi objektif kajian dari segi
penjimatan masa dan tenaga, ia juga menghasilkan hidroksiapatit bersaiz dalam julat
nano iaitu saiz partikel 30 nm bagi purata panjang dan 9 nm bagi purata lebar. Selain
itu, sampel juga diperhatikan mempunyai bentuk partikel bak rod menerusi TEM.
Kebioaktifan sampel serbuk telah disahkan melalui ujian in-vitro (SBF).
Description
Keywords
Hidroksiapatit , Pengaktifan Mekanik