Dinamik Demokrasi Tempatan Di Indonesia : Kajian Demokrasi Tempatan Di Kota Yogyakarta Dan Kabupaten Jembrana, Bali

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-12
Authors
Suyatno, .
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji dasar Desentralisasi dan Otonomi Daerah yang menjadi pemangkin demokrasi tempatan di Indonesia. Melalui Undang-undang No. 22/1999, perubahan hubungan negara dan masyarakat diharapkan boleh menjadi lebih demokratik, khususnya di peringkat tempatan. Kerajaan pusat memberikan otoriti kepada kerajaan tempatan agar demokrasi tempatan boleh diamalkan.Kota Yogyakarta dan Kabupaten Jembrana mengambil peluang ini untuk mengamalkan demokrasi tempatan, dengan hasil yang menarik. Dengan menggunakan Model Implementasi Demokrasi yang dicadangkan oleh tesis ini, enam indikator demokrasi tempatan digunakan bagi menjelaskan demokrasi tempatan iaitu keterwakilan, penyertaan, perkongsian, ketelusan, kebertanggungjawapan, dan responsiviti. Indikator ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap demokrasi tempatan yang diamalkan di dua daerah ini. Pertama, adalah karakteristik demokrasi tempatan Kota Yogyakarta lebih demokratik jika dibandingkan dengan demokrasi tempatan di Jembrana yang bersifat top-down. Perbezaan lain yang wujud ialah amalan penyertaan dan perkongsian khususnya yang melibatkan masyarakat sivil. Di Kota Yogyakarta masyarakat sivil boleh berkembang dengan lebih baik. Hal ini ialah kerana kerajaan tempatan memberi ruang kepada masyarakat sivil dalam proses penyertaan politik. Manakala di Jembrana, kerajaan tempatan didapati bertindak keras apabila berlaku tunjuk perasaan oleh masyarakat sivil.Tindakbalas dan hasil implementasi ini wujud disebabkan oleh perbezaan dalam struktur ekonomi, politik, konsensus elit, tindakan aktor, dan sumber alam dan manusia, yang terdapat di kedua-dua daerah tersebut. Namun demikian responsiviti di kedua-dua daerah ini boleh dikatakan berjaya memenuhi keperluan asas masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan secara percuma. Ini menjadi bukti bahawa pelaksanaan dasar Desentralisasi dan Otonomi Daerah boleh menghasilkan amalan demokrasi tempatan yang berkesan. Akhirnya demokrasi tempatan berjaya menghapuskan struktur politik yang berhirarki, sentralistik, feudalistik, dan otoriter pada peringkat tempatan, walaupun tidak sepenuhnya seperti yang dibuktikan di Jembrana. Ini menunjukkan perlunya ada pemantauan yang berterusan terhadap proses implementasi demokrasi tempatan di Indonesia dan memperbaiki kekurangan dimana perlu. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui temu bual mendalam (in-depth interview) dengan walikota, bupati, peniaga, ahli akademik, ahli parlimen, dan masyarakat. Data sekunder pula diperolehi melalui laporan tahunan kerajaan, surat keputusan, laporan NGO, buku, jurnal dan berita akhbar.
Description
Keywords
Dinamik demokrasi tempatan di Indonesia , Kota Yogyakarta dan Kabupaten Jembrana, Bali
Citation