Faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi corak perbelanjaan isirumah di Semenanjung Malaysia
Loading...
Date
1999-09
Authors
Lim, Ee Shiang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah memberi satu pemahaman asas akan
tingkahlaku isirumah dari segi peruntukan pendapatan di antara jumlah perbelanjaan dan
tabungan serta peruntukan jumlah perbelanjaan di antara pelbagai jenis barangan. Kajian
ini telah berjaya memperolehi banyak penemuan penting mengenai corak perbelanjaan dan
tabungan isirumah di Semenanjung Malaysia. Faktor pendapatan merupakan faktor yang terpenting dalam mempengaruhi corak perbelanjaan dan tabungan isirumah. Ia mempunyai pengaruh postif yang nyata ke atas kesemua jenis perbelanjaan barangan dan tabungan. Peningkatan perbelanjaan berikutan
daripada peningkatan pendapatan adalah berbeza dari satu barangan ke barangan yang lain.
Selain daripada pendapatan, lokasi kediaman, saiz isirumah dan keturunan etnik juga
mempunyai pengaruh yang nyata ke atas perbelanjaan barangan yang berbeza. Tambahan
pula, kedua-dua faktor saiz isirumah dan keturunan etnik juga memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi tabungan isirumah. Kebanyakan permintaan barangan adalah tidak anjal terhadap harga. Barangan makanan merupakan barangan yang paling tidak sensitif terhadap harga. Pada umumnya, permintaan adalah lebih sensitif terhadap harga sendiri berbanding dengan harga barangan lain. Antara harga barangan lain, harga makanan merupakan harga yang paling penting
dalam mempengaruhi permintaan sesuatu barangan. Hasil penemuan yang diperolehi telah
mengesahkan bahawa semakin 'mewah' sesuatu barangan, semakin anjal permintaannya
terhadap harga. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa kos keperluan cukup hidup adalah
berbeza di antara kumpulan isirumah yang berbeza. Bukan semua jenis barangan akan
tergolong dalam belanjawan keperluan cukup hidup. Barangan yang lebih mewah secara
relatif mungkin terkecuali daripada belanjawan keperluan cukup hidup bagi kumpulan
isirumah tertentu terutamanya isirumah yang berpendapatan rendah. Tambahan pula, corak
perbelanjaan keperluan cukup hidup juga didapati berbeza dari satu kumpulan isirumah ke
kumpulan isirumah yang lain.
Pelbagai hasil penemuan empirik kajian ini mempunyai implikasi polisi yang
penting ke atas pembentukan Indeks Barga Pengguna dan Pendapatan Garis Kemiskinan. Ia
juga membekalkan satu asas untuk dasar yang mempengaruhi perbelanjaan dan tabungan
isirumah.
Description
Keywords
Perbelanjaan dan tabungan isirumah