Penjanaan Dan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan: Kajian Kes Di Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
Loading...
Date
2012-05
Authors
Abdul Kadir, Fadzil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sistem pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai lima
elemen utama iaitu prosedur perancangan dan pentadbiran PBT, dasar pembangunan
kerajaan negeri ke atas PBT, pentadbiran kewangan kerajaan tempatan, sumber
kewangan kerajaan tempatan dan integrasi dalam jabatan PBT. Elemen-elemen ini
menyumbang kepada pembentukan satu sistem pengurusan kewangan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan. Sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sistem
pengurusan kewangan dan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kewangan
Pihak Berkuasa Tempatan. Pembangunan sistem pengurusan kewangan yang lebih
praktikal akan membantu dalam meningkatkan kemajuan bagi sesebuah Pihak
Berkuasa Tempatan. Bagi merealisasikan matlamat ini dalam Majlis Bandaraya Alor
Setar, perlunya untuk membangunkan rangka kerja sistem pengurusan kewangan
yang menggabungkan faktor-faktor prosedur perancangan dan pentadbiran, dasar
pembangunan, pentadbiran kewangan, sumber kewangan dan integrasi. Rangka kerja
ini boleh menjawab kepada pelbagai permasalahan di dalam pengurusan kewangan
dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Objektif penyelidikan ini
adalah mengenalpasti sumber kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah,
mengenalpasti sistem pengurusan kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
dan mencadangkan bagaimana Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah dapat menjana
sumber kewangan baru. Tinjauan dibuat dengan menggunakan kaedah kajiselidik
secara seliaan sendiri di dalam pengutipan data. Sampel kajian adalah ketua-ketua
jabatan di Majlis Bandaraya di Negeri Kedah. Seramai 30 responden yang terlibat
dalam kajian dan data dikutip dengan menggunakan borang soal selidik. Data
dianalisa dengan menggunakan analisis frekuensi dan analisis bivariate. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kerajaan negeri sebagaimana di dalam perancangan
pembangunannya sama ada di bawah Dasar Pembangunan Negeri ataupun
melaksanakan apa yang terkandung di Rancangan Lima Tahun Malaysia,
mensasarkan salah satu fokus utamanya ialah pembangunan fizikal dan kemanusiaan
di kawasan bandar. Berdasarkan kepada hasil kajian, kajian ini merumuskan peranan
PBT sebagai agensi yang bertanggungjawab sebagai penguasa di dalam kawasan
yang ditentukan sempadannya, dan mempunyai kapasiti bagi pengurusan dan
pentadbiran kerajaan tempatan amat dititikberatkan. Peranan dan kaedah kewangan
PBT telah menunjukkan yang prosedur perancangan dan pentadbiran kewangan
PBT, Dasar Pembangunan Kerajaan Negeri terhadap PBT dan Pentadbiran
Kewangan Kerajaan Tempatan adalah selari dan bertepatan dengan persepsi dan
tanggapan kakitangan awam di MBAS sebelum sebarang cadangan dapat
diketengahkan untuk penambahbaikan organisasi PBT. Kajian ini mencadangkan
supaya kajian seterusnya tidak sahaja mengambil satu PBT untuk dijadikan asas
kajian. Penyelidik boleh membandingkan beberapa PBT di seluruh Malaysia.
Seterusnya akan memberikan penemuan yang lebih bermakna kepada ilmu dalam
bidang rebakan bandar dan pengurusan serta penjanaan kewangan PBT.
Description
Keywords
Pengurusan kewangan , Pihak Berkuasa Tempatan