Aplikasi Penanda Dna Mikrosatelit Dan Dna Mitokondria Dalam Program Pembiakbakaan Ikan Siakap, Lates Calcarifer

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-07
Authors
Mat Khairuddin, Roziana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ikan siakap, Lates calcarifer merupakan ikan ternakan yang popular dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di Malaysia. Kekurangan induk yang efektif untuk program pembiakan ikan siakap menjadi masalah kepada pengurusan populasi akuakultur. Pengetahuan dan data yang menyeluruh dari segi variasi genetik penting untuk menjayakan sesuatu program pengkulturan dan meningkatkan produktiviti hasil ternakan. Kajian ini membabitkan penentuan induk menggunakan penanda DNA mikrosatelit dan mengetahui tahap variasi genetik pada ikan siakap di Malaysia menggunakan penjujukan DNA mitokondria “control region” (mtDNA CR) dan penanda DNA mikrosatelit. Sebanyak 20 lokus mikrosatelit digunakan untuk pencapjarian DNA induk dan anak dalam penentuan induk kepada anak ikan siakap. Simulasi berdasarkan data frekuensi alel menunjukkan 5 lokus berjaya menentukan 97% progeni kepada pasangan induk mereka. Semua 20 lokus mikrosatelit yang digunakan dalam kajian ini adalah polimorfik (PIC = 0.52). Sejumlah 59 haplotip ikan siakap diperolehi dari data jujukan mtDNA CR. Nilai ini dianggap tinggi memandangkan nilai diversiti haplotip (h), berjulat antara 0.9286 hingga 1.000. Perbezaan genetik berpasangan antara populasi (Fst = 0.0407-0.1139 data mikrosatelit; 0.023- 0.0597, data mtDNA CR) berada pada tahap rendah hingga sederhana.
Description
Keywords
Dna Mikrosatelit Dan Dna Mitokondria , Ikan Siakap, Lates Calcarifer
Citation