Ekonomi Pertanian Orang Melayu Di Terengganu, 1956-1990: Dasar, Pelaksanaan, Dan Kesan

dc.contributor.authorJusoh, Mini Walek@Khairil Khalid
dc.date.accessioned2017-01-31T07:12:17Z
dc.date.available2017-01-31T07:12:17Z
dc.date.issued2016-07
dc.description.abstractRancangan Malaysia Lima Tahun dari Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Kelima (1956-1990), merupakan pemangkin utama dalam meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu di Terengganu. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini mengkaji dan meneliti dasar, pelaksanaan, serta kesan ekonomi pertanian ke atas orang Melayu di Terengganu semasa penjajahan British dan pendudukan Jepun di negeri Terengganu sebelum tahun 1956. Selain itu, penyelidikan ini juga menganalisis pelaksanaan dasar-dasar tersebut dalam tempoh Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Kelima (1956-1990) serta mengukur pencapaian pelaksanaan dasar membasmi kemiskinan di Terengganu sepanjang tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maklumat dan statistik daripada sumber pertama dan kedua, termasuk pelbagai laporan dan dokumen kerajaan, temu bual serta sumber-sumber lain digunakan untuk membuktikan dapatan penyelidikan ini. Penyelidikan ini mendapati bahawa pelaksanaan dasar-dasar ekonomi pertanian oleh agensi-agensi kerajaan dan dasar pembasmian kemiskinan ke atas orang Melayu di Terengganu tidak mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan. Banyak kelemahan yang dikenal pasti termasuk kelemahan dasar, agensi pelaksana dan sikap petani, penternak serta nelayan itu sendiri yang membawa kegagalan dalam mencapai matlamat tersebut. Namun begitu, pelaksanaannya dapat meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan orang Melayu di Terengganu sehingga tahun 1990.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3626
dc.subjectEkonomi pertanian orang melayuen_US
dc.subjectdi Terengganu.en_US
dc.titleEkonomi Pertanian Orang Melayu Di Terengganu, 1956-1990: Dasar, Pelaksanaan, Dan Kesanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: