Perbandingan Antara Teater Tradisional Sarung Tangan Potehi Dengan Opera Hokkien Cina Ge Zai Xi Di Daerah Muar, Johor
Loading...
Date
2017-08
Authors
Wong, Soo Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Potehi dan Ge Zai Xi merupakan bentuk teater yang berasal dari kawasan selatan China, dan persembahannya diiringi oleh ensembel muzik. Tesis ini membandingkan dua teater ini yang mempunyai banyak persamaan dari pelbagai aspek seperti bentuk, fungsi, pementasan, alat muzik, dan muzik. Potehi ialah teater patung manakala Ge Zai Xi merupakan bentuk opera yang agak baharu berdasarkan gaojiaxi, iaitu sejenis opera dominan etnik Hokkien sebelum Ge Zai Xi diperkenalkan di Tanah Melayu. Kebanyakan kumpulan teater Potehi dan Ge Zai Xi di Muar menggabungkan dua teater ini dalam satu kumpulan yang sama sejak tahun 1980-an. Pemain patung Potehi juga terdiri daripada pelakon dalam Ge Zai Xi, dan pemuzik dalam kedua-dua teater ini juga adalah orang yang sama. Tesis ini menunjukkan sebab pengaruh Ge Zai Xi terhadap Potehi dan opera Hokkien, serta sebab kewujudan persamaan antara Potehi dengan Ge Zai Xi. Pelbagai persamaan antara Potehi dengan Ge Zai Xi menjadi pendorong kajian tentang hubung kait antara dua bentuk teater ini dilakukan. Penggunaan cerita, watak, perwatakan, kostum, alat muzik asas yang digunakan, fungsi teater, dan upacara pembukaan dalam Potehi dan Ge Zai Xi adalah sama. Persamaan tersebut wujud kerana kedua-dua Potehi dan Ge Zai Xi menggunakan bahasa Hokkien sebagai bahasa pengantar dan mempunyai fungsi utama yang sama iaitu untuk kegunaan ritual dan sebagai hiburan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara Potehi dengan Ge Zai Xi dari segi bentuk teater, prop dan set, serta penggunaan peralatan muzik Barat dalam Ge Zai Xi. Prop dan set yang digunakan dalam teater patung dan manusia adalah berbeza sama sekali. Dari aspek muzik, lagu dan corak rentak gaya Ge Zai Xi yang digunakan dalam Potehi dan Ge Zai Xi mempunyai ciri-ciri yang serupa. Namun, terdapat penambahan alat muzik moden seperti papan nada elektrik dan gitar elektrik dalam Ge Zai Xi yang tidak terdapat dalam persembahan Potehi.
Description
Keywords
Potehi dan Ge Zai Xi mempunyai banyak persamaan , seperti bentuk, fungsi, pementasan, alat muzik, dan muzik