Development And Evaluation Of An English Language Board Game For Primary School Students
Loading...
Date
2015-02
Authors
SASIDHARAN, ANISHA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka terlibat secara langsung
dengan dunia di sekeliling mereka. Permainan bahasa ini menekankan kemahiran
lisan Bahasa Inggeris murid-murid sekolah rendah seperti yang tertera dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Memandangkan murid-murid suka
akan permainan, CHALLENGE dicipta untuk mengalakkan murid-murid untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, belajar dalam keadaan yang menyeronokkan
dan keluar daripada tradisi bilik darjah yang lebih mengutamakan guru-guru.
CHALLENGE menggunakan Multiple Intelligences dan Social Learning sebagai
teori-teori utama. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan bercampur iaitu
kuantitatif dan kualitatif. Para peserta kajian ini adalah 56 orang pelajar-pelajar
Malaysia yang berumur sebelas dan dua belas tahun, 11 orang guru-guru dan 12
orang awam. Latar kajian ini pula adalah ketika CHALLENGE dimainkan; sesi
percubaan, bengkel, pameran dan pertandingan. Borang soal selidik diberikan kepada
para pelajar, guru-guru dan orang awam manakala sesi temu bual pendek dijalankan
dengan para pelajar sahaja untuk mengkaji perspektif mereka terhadap
CHALLENGE. Beberapa sesi temu bual yang ringkas juga dijalankan dengan empat
orang pensyarah, seorang pegawai pembantu kajian dan seorang pereka grafik yang
terlibat dalam pembangunan permainan bahasa ini. Penemuan kajian ini
menunjukkan dokumentasi pembangunan permainan bahasa ini bersama-sama
dengan cabaran-cabaran yang diharungi serta model yang menerangkan setiap
langkah dalam pembangunan permainan ini.
Description
Keywords
Development And Evaluation Of An English Language Board Game , For Primary School Students