Proses Transformasi Pelajar Multimedia Interaktif Sebagai Agen Perubahan Melalui Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Loading...
Date
2007-06
Authors
Yeoh, Poh Choo
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memerhati proses transformasi pelajar
Multimedia Interaktif bagi Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) menjadi
guru siswazah Multimedia Interaktif di sekolah. Transformasi ini dilihat dalam
masa lapan bulan meliputi tiga fasa. Fasa Satu meninjau refleksi tiga puluh
sembi Ian pelajar kursus PKPG Multimedia Interaktif tentang pengetahuan dan
kemahiran terhadap kursus-kursus yang mereka ikuti di USM. Fasa Dua
memerhati proses penilaian formatif bahan multimedia yang dijalankan oleh tiga
puluh sembi Ian pelajar tersebut dan perbincangan maya dalam kalangan
pelajar melalui kumpulan-e selama enam minggu praktikum. Fasa Tiga
memerhati lima guru siswazah Multimedia Interaktif yang inovatif menjadi agen
perubahan melalui penggunaan leT di sekolah. Kaedah kualitatif jenis kajian
kes (Yin, 2003) dan pensampelan bertujuan jenis kriteria (Patton, 1990)
digunakan. Data dikumpul melalui soal selidik, kumpulan-e, temu bual dan
laporan praktikum pelajar. Data kuantitatif dan kualitatif (DeY,1993) digunakan
dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan teori dan praktis
bidang teknologi pengajaran mengikut saranan Seels dan Richey (1994) adalah
mencukupi untuk proses pembangunan, pemurnian dan penggunaan bahan
multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Perbincangan kumpulan-e berupaya menjanakan komunikasi dan pembelajaran
secara kolaborasi dalam kalangan pelajar dan pensyarah pembimbing semasa
praktikum dari perspektif Vygotsky (1978). Selepas praktikum, kefahaman
pelajar PKPG Multimedia Interaktif dalam penilaian formatif dan kemah iran
komputer mereka diperkukuhkan. Mereka boleh melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer dan memperolehi motivasi intrinsik dalam
penggunaan komputer walaupun mereka juga menghadapi cabaran. Di
sekolah, guru siswazah Multimedia Interaktif yang memiliki ciri-ciri sahsiah yang
unik seperti boleh berkomunikasi dengan berkesan, kreatif, berinitiatif dan rajin
dapat memainkan tujuh peranan agen perubahan mengikut saranan Rogers
(1995). Mereka juga memainkan peranan-peranan agen perubahan sebagai
pemangkin, pemberi penyelesaian, pembantu proses dan penghubung sumber
serta memiliki kemahiran-kemahiran proses yang perlu dipunyai oleh agen
perubahan (Havelock & Zlotolow, 1995). Mereka melibatkan diri secara aktif
dalam memperkenalkan inovasi dalam aktiviti dan projek sekolah serta
berupaya mewujudkan perubahan melalui penggunaan ICT dalam kalangan
guru dan pelajar sekolah. Namun begitu, sebagai agen perubahan, guru
Multimedia Interaktif perlu mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada
warga sekolah untuk mengintegrasikan ICT dalam aktiviti dan projek sekolah.
Description
Keywords
Multimedia , Teknologi Maklumat Dan Komunikasi